In

6 Safar 1437H - Restoran Periuk Belanga

Kami dah lama tak keluar rumah. Kami tu aku dan Aqlan la. Dah seminggu tau. Malam ni kami nak pi keluar makan. Masuk kereta ke aku cakap hi kereta rindu kat awak.

Suami nak makan kat kedai Lau Wan. Ye ke betul ejanya. Dengar lawan je. Pusing2 cari dah pindah ke Selera Wawasan. Pusing 4x takde parking. Suami sedih. Dah 2 minggu dia nak makan kat situ. Ada ke baby seat?

Akhirnya kami pergi ke area Giant asal. Pusing2 nampak macam2 restoran. Ada Jemari, Mohd Chan dll. Sudahnya nampak Periuk Belanga sebelah Mohd Chan. Nak try la.

Masuk je macam biasa nak duduk bawah kipas. Ada baby seat kayu. Masukkan je Aqlan pasangkan Ipad. Dia nak layan Youtube. Walaupun ada wifi free tapi ipad cam buat hal. Tiba2 Aqlan menangis sepuas hati. Sekuat2nya. Ipad kena rampas dan aku marah dia.

Untuk elak lebih panjang esaknya aku angkat letak sebelah kerusi aku. Biar dia diri situ. Suami siap nak cancel order. Dis rasa macam budak ni pelik sangat menangis. Adakah dia nampak sesuatu yang menakutkan. Hurmm. Aku anggap tidak. Baca2 ayat Quran sikit. Sapu belakang kepala.

Sambung Ipad. Ok je. Eloklah berdiri sepanjang masa. Aku rasa seat baby tu kayu maybe ada yang buat dia tak selesa. Sebab nangisnya teruk sangat.

Makanan sampai. Kami pun gembira. Total burst RM45. Ada GST tau.

Kami makan:

  1. Tomyam putih kurang pedas lauk sotong
  2. Sup sayur
  3. Ikan tenggiri masak cili
  4. Kerang rebus
  5. Telur dadar tanpa cili
  6. Telur dadar dengan cili
  7. Nasi 2 pinggan
  8. Sarsi float
  9. Kedondong asam boi
Sian suami dia sakit tekak tak merasa sangat. Jadi katanya nak datang lagi.










Overall makanan dia sedap. Tapi sup sayur dia sayurnya sikit ja..dan sebenarnya aku minta ikan keli berlada dapat ikan tenggiri. Makan jelah. Alhamdulillah. 




Related Articles

0 comments:

Post a Comment

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.

Comments

Weekly Popular

loading...