Sunday, November 22, 2015

10 Safar 1437H - Sotong Masak Hitam Resipi Kak Dewi Ku

Sotong masak hitam.. hurmm hurmmm..

Mak mertua teringin nak makan lepas tengok rancangan Chef Wan di TV. Laki pulak cakap aku pandai masak ke boleh masak? Hahaha bajet yakin kena ada.

Untuk memasak sotong kali ni aku pun dok berwasap bagai dengan adik beradik dalam group. Nak call mak..kak ted cakap tepon pas asar je nak tidur. Because mak masak paling sedap kat dunia. Kan.

Tup tup kak dewi balas terus bagi resipi. Alahai cepat2 copy text ke laki punya wasap. Sebab kami ni kalau terlepas conversation boleh jadi beratus2 nak kena baca. Nak scroll balik memang tak kuasa...

So hari ni hari bertuah. Aku pulak dah selsema dan sakit sangat dalam telinga. Laki tanya nak masak ke makan luar? Aku nak masak la jugak..dah beli sotong weiii. Sotong dah seminggu. Minggu lepas lagi mak mertua dah datang ambil darah. Minggu ni datang lagi ambil result pulak. Nasibla peti ais bagus. Frozen kan aje sotong dalam Tupperware for frozen food series. Aku bukan penjual Tupperware tapi satu keluarga suka menggunakannya sebab dah diajar mak sejak dulu kala.

Resipi ni copy paste je dari group. Kang ada tertinggal type kang...


  • halia hiris mancis....bwg potong 2...hiris... serai..potong serong....bwg putih hiris mancis...cili merah hiris serong....tumis hg wangi...masukkan sotong..balik2kan..boh garam..sedikit gula..msk sebentar je...kalau lama sotong jd liat....


Aku tak masukkan gula sebab aku pakai 2 biji bawang Holland. Dah manis asli kot.

Aku guna sotong dalam 21 ekor..kots. harga dalam RM28. Laki beli kat Segi fresh.

Serai 2 batang. Bawang putih 3 ulas. Cili merah 2 setengah batang. Halia 2 inchi.

Potong style kak dewi tulis. Panaskan minyak sikit je buboh. Campak2 tumis sampai kuning2 bawang tu masukkan sotong. Gaul2 masukkan garam...tutup api. Api kecik je weh...

Mak cakap kalau nak pedas masukkan sikit cili boh. Kak dewi pun cakap leh je letak cili padi. Tapi......mak mertua ada gastrik. Tak boleh makan pedas. Lepas masak diorang siap dok meratah dulu.. oklah tu kan approval dari laki dan mak mertua..yeahhh.


Previous Post
Next Post

About Author

6 comments:

  1. wahh dh lama wak x mamam sotong masak hitam nih.,

    ReplyDelete
  2. sy suka msk mcm ni..tp..my sis xsuka... hai..terpksa lah si adik beralah kalau nak masak ..huhuh

    ReplyDelete
  3. Belum pernah buat sotong masak hitam sebab setiap kali cuci sotong memang cuci bersih sampai putih... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekali sekala je makan sotong masak hitam ni. Zaman sekolah dulu mak selalu je masak sebab kegemaran arwah bapak.

      Delete

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.