Isnin, 30 November 2015

18 Safar 1437H - Ke Pasar Segar Segi Balakong Kali Pertama

Laki dah pergi last 2 weeks dengan mak mertua. Kali ni aku pulak dapat peluang pergi.

Ok bukan dekat ye dari rumah. Lagi dekat Pasar Borong Seri Kembangan tu. Tapi sebab pasar ni operation hours dia lagi lama..so kami.ke sini.

Ye kami pergi pasar hari Isnin. Weekend sibuk manjang dengan aktiviti. Balik penat nak tidur aje.

Mula2 kami pergi bahagian susu dan barang2 kering lain. Bawang. Kentang. Sayuran. Last sekali ikan. Eh last sekali rempah ratus.

Takde gambar pula. Syok punya pasal.

Total RM148.50.

Ikan tenggiri 3 keping.
Ikan kembung 3 ekor.
Udang 10 ekor.
Sotong 15 ekor.
Ayam kiub.
Ayam filet 15 keping.
Brokoli.
Sayur sawi Cina.
Labu Air.
Labu Manis separuh.
Tomato.
Cili Merah.
Cili Padi.
Kentang 1 guni kecil.
Bawang Merah.
Bawang Putih 5 labu.
Bawang Kuning.
Bawang Kecil.
Lobak 3 batang.
Mint Leaves.
Kacang Buncis.
Terung Pendek.
Kayu Manis.
Bunga Cengkih.
Bunga Lawang.
Susu Dutch Lady 250ml 6 kotak.
Jem Chivers Marmalades.
Super glue free knife.
Lemon 2 biji.
Kacang Dhal.
Halia.
Rockmelon siap dimakan.

Gambar dari website rasmi Segi Fresh. Tapi aku edit sikitla..

Ah banyak kan. Husband cakap kalau kat Giant mahu 200++. Ok jangan malas masak ya.

Ternampak2 dah resipi apa nak masak berdasarkan apa yang dibeli.

Ah ya. Saya suka gantikan santan dengan susu lemak berkrim. Santan kelapa sawit tahu tak kat mana nak beli ek?

5 ulasan:

  1. memang berbaloi beli kat segi...jimat banyak....tempat fav aku barang basah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aku masa duduk kat ampang dekat je wak ni siap kena masuk tol. Belasah beli banyak2 jimat semua.

      Padam
  2. mmg seronok kalau dapat ke pasar basah.. esp pasar borong cuma kena tahan bau je lah kann..

    BalasPadam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.