Sabtu, 3 Februari 2018

Jalan2 Hujung Minggu Hari Sabtu

Kalau dah jadi surirumah duduk terperap dah 5 hari kalau tak dapat keluar walau sekadar cuci mata akan menyebabkan stress ok. Walaupun Rabu lepas dah keluar sempena Thaipusam kan.. Sabtu Ahad nak jalan2 jugak. Cuaca panas nak cari tempat redup dan sejuk je.

Sabtu kami keluar mencari susu kambing, sabun mandi Aqlan dan makan. Aku weekend jarang masak. Gantung kuali katanya.

So pergilah ke Shah Alam. Terus ke pejabat Hiraq di Laman Seri. Sekali sampai dah tutup.  So ok waktu operasi Sabtu sampai jam 2 petang je. Dah keluar rumah pun dah nak jam 3 apa citer. Haha..jadinya aku pergi ke Giant terus cari susu kambing Hiraq di kedai2 jamu. Jumpalah kan..sekali tak terima cash jadi kena ambil duit kat atm. Nasib atm kat sebelah kedai je.

Dah alang2 nak balik lalu2 kedai2 push cart tu kan nampak pulak brooch kecik2 tu jual 14 biji RM10. Harusla aku beli sebab selalu je hilang atau pin terkeluar. Hehe. Aku memang suak pakai brooch kecik2. Yang besar berat bahu ok. Kalau jatuh pulak hilang batu2 dia terus takde mood nak pakai dah.

Lepas tu nak pergi makanlah dulu. Test satu kedai Nasi Lemak Haji Ali ni. Nampak bersih dan ceria je. Sekali nasi lemak ala kandar. Takde sambal. Kuah macam2 jenis. Aku nasi kandar tak berapa gemar. Tapi nasi dia special la. So kami pun makan. Kena bayar dulu baru makan. Terkejut kami dapat bil...

Kan ke murah...

Ada surau juga..






Habis makan menuju ke AA Farmasi dekat dengan Plaza Shah Alam. Aku suka pergi farmasi ni sebab harga barang2 dia lagi murah berbanding yang dalam mall tu. Nak beli sabun mandi Sebamed for baby Aqlan. Ya Aqlan pakai sejak baby. Itulah sabun itulah syampu. Kan senang. Sekali tak jumpa jual satu. Jual 3 terus. Aiseh banyak wei.. staff tu cakap beli 3 RM159. Kalau satu jual RM65. Kat Guardian tadi masa aku masuk Giant jual nak RM80. Tapi adalah free yang travel pack. Yang ni free beg dan krim muka orang dewasa. Aku suruh tengok tarikh luput. Kang beli 3 mati tahun ni rugilah. Sebab sebotol selalu boleh tahan 8 bulan. Jimat banyak....ok luput tahun 2020 bolehla...hehe..3 liter bawak balik rumah.



Last sekali kami pergi taman awam di seksyen 10. Taman tak maintain tapi laki cakap restroom bersih. Nak ke taman jelutong nun tapi dah lewat. Nak balik rumah lagi dah jam berapa lak..







 

On the way balik rumah sempat lagi ke King's Bakery beli tart portugese dan kek 2 ketul. Amboi kan teringin nak makan dessert. Pastu tak larat simpan dalam fridge. Esok jelah makan.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.