Isnin, 19 Februari 2018

Cara Tukar Tempat Mengundi

Last year aku dah cuba buat secara online kat laman web SPR. Pastu takde jawapan dan bila semak masih kena mengundi kat Sg. Koyan. Aku ada problem sikit nak balik.

Tahun 2013 aku belum ada anak. Masa hari mengundi aku balik Sg. Koyan dengan mak. Abang Lut dah tukar memgundi kat Kota Damansara lama dah. Ha masa ni memang aku berpisah dengan laki la. Dia balik Taiping dengan adik dia. Habis mengundi aku ke Cameron Highlands tidur sana. Haha. Dari Sg. Koyan 60km je ke sana. Sebabnya aku nak jemput laki pulak di Ipoh. Jadi aku, mak dan keluarga adik aku tidur sana.

Tahun ni aku nak mengundi kat Selangor. Jadi prosesnya kena buat macam ni....

1. Tukat alamat di IC. Kalau masih alamat rumah yang lama memang tak boleh buat penukaran. So aku dah lama tukar alamat di Bandar Kinrara. Saja nak sama dengan anak.

2. Pergi ke pejabat SPR. Dulu2 aku daftar di Pejabat Pos Besar KL sebelah Menara Dayabumi tu. SPR pun dah ada bangunan sendiri kat Presint 3, Putrajaya.

3. Penukaran tempat mengundi masih boleh dilakukan selagi belum keluar tarikh untuk mengundi.

So masa pergi tu mudah sangat. Masuk je lobi terus tunjukkan IC di kaunter pendaftaran. Terus dibuat proses permohonan. Kemudian dapat satu salinan menunjukkan kita sudah memohon penukaran tempat mengundi. Lepas tu rajin2la semak kat laman web rasmi SPR.

Balik dari sana kami pergi makan ikan bawal panas di Food Court Cyberjaya. Oh ye laki amik cuti hari ni sebab nak temankan aku tukar alamat mengundi dan ke Prudential untuk tukar jumlah premium insurans. Pasal insurans ni...syukur juga sebab laki tolong sambung bayar. Aku ingat nak stop je sebab dah tak kerja. Sekarang bulan2 pun dah nak cecah RM194. Ni pun ada cerita...tunggula lain kali je cerita bila mood ok. Haha.




Makan bawal ni sebab laki nak pujuk diri sendiri. Kelmarin makan di atas bukit kat BBB tu tak worth it. Jangan pergilah.


6 ulasan:

  1. beb, bawal goreng yg kat sebelah roti canai d bukit tu eh??? haah wei ..tak sedap mana dahhhh... ikan kdg mcm berbau.. kari cair bair.. pinggan cawan berkerak.. mcm x pedulik sangat bab hygeinic! pfftttt

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yelah..laki aku cakap masa baru2 buka sedap tu dia beria ajak. Sekali ko...rasanya depa tu tak layak menjual apa pun.

      Padam
  2. oh tak sedap ek atas bukit tu, punyalah aku berangan nak pegi makan ikan bawal goring dekat situ

    BalasPadam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.