Hari ni pergi picnic. Fuiyoo aku memang dah lama teringin nak pergi, sekali ada cadangan dari kawan2 laki...so laki aku ON aje. Dahla plannya semalam sebelum kami ke seafood makan2 tu. Apa nak bawak tak tahulah. Sudah2 bawak pinggan, cawan, sudu dan garfu untuk party je. Pastu beli air mineral dalam cup.
Cadang jumpa 7.30 pagi di R&R Sg. Buloh. Pastu tukar time jam 9 pagi lak. Kami okay je..kata nak picnic kat Kalumpang. Elok je kami sampai tempat tunggu jam 8.30 pagi. Parking penuh dengan rombongan pengantin dan orang nak bercuti. Sempatlah alas perut dengan donut.
Kami 3 kereta gerak dulu ke Tanjung Malim sebab lagi 2 kereta masih belum tiba. Masa nak masuk exit tu jalan dah start jammed ke arah utara. Rupanya ada accident 2 kereta jadi turtle. So masa bayar tol nampaklah trak bomba sedang menuju dengan laju ke sana. Legalah kami tak menuju lagi jauh kan.
Dah sampai Kalumpang jammed jugak..banyak kereta keluar dan kami blurr. Rupanya parking dah penuh. Aku tak puas hati betul apasal orang2 yang jaga trafik masuk tu tak bagitahu siap2 yang dah takde parking. 15 minit buang masa pergi dan untuk patah balik jumlah buang masa dah 30 minit. Dahla jalan sempit tapi Kuala Razila lagi sempit k. So chill.
Sudahnya kawan2 yang tak sampai2 tu sangkut juga di highway sebab ambulans semua datang. Jalan makin teruk jammed. Akhirnya tiba satu kereta je yang bawak sarapan. Hehe alhamdulillah. Kami berpiknik kat padang bola depan masjid sudahnya. Makanla nasi lemak dan minum kopi panas dulu. Budak2 makan ayam goreng. Sambil2 tu plan nak ke mana. Budak2 dah tanya2 macam kecewa. Kenapa patah balik kan. Okay kami akhirnya ke Air Terjun Serendah.
On the way kena patah balik tu ikut jalan dalam la. Dah tahu kat luar tu jammed kan. So memang banyak juga kereta yang masuk jalan lama. Ahhh apa lagi sambung jammed kat dalam. Tapi bergerak..bukan tak gerak langsung sebab banyak trafik light.
Sampai kat Air Terjun Serendah parking kat dalam pun dah penuh. Tapi pakcik jaga bagi kami masuk jugak dan bayar RM1. Okaylah kan. Jauh juga nak menapak angkat barang2.
Sewa khemah selain dari ada yang bawak tent untuk tukar2 pakaian. Bawak tikar dan karpet juga. Bagus gak bawak karpet untuk diletak dalam tent jadi takla terasa permukaan tanah tu sangat. Kami bawak tikar dan satu payung aiskrim je..
So startla piknik. Orang ramai dan cuaca panas terik. Jam 12 tengahari la katakan. Muka pun baik punya burn sebab tak sapu losyen. Aku tak mandi. Just jadi tukang goreng je. Tengok cuaca aku tak sanggup la.
Macam2 dibawa kawan2. Kami bawak yang untuk digoreng je. So makanan sangat banyak. Siap buat bbq. Aku sampai tak mampu nak makan dah. Bila hujan renyai sekejap semua naik. Bila stop sambung balik mandi.
Nak masuk toilet kena bayar 30 sen. Ramainya orang tapi dah tak tahan kena masuk gak. Bilik mandi 2 toilet 4. Tapi diorang ni tibai mandi juga dalam toilet. Tu yang jadi panjang beratur.
Masa ni muka aku dah start gatal akibat sunburn. Adoyai...napelah kan tak pakai apa2 losyen perlindungan. Sebab fikir air terjun. Sungai kot tak panas macam kat pantai. Nak tunggu budak2 mandi yang tak reti2 nak naik tu pun satu hal. Bila cuaca dah start nak gelap dan dah petang pun barulah nak balik. Aku minta laki bawak pergi masjid nak mandilah. Baru selesa. Diorang yang mandi sungai tu memang mandi tukar baju siap2 sebelum balik.
Selepas ambik gambar dan salan peluk cium kami semua balik ikut arah masing2. Laki bawak ke Masjid Duta tapi takde bilik mandi. Signboard mengelirukan. So ke Masjid TTDI. Elok ada 1 bilik mandi. Puas sikit hehe. Nak solat pun mudah taklah rasa geli2. Lepas makan kami pun balik. Penat weii. Aqlan pun dah lemah. Sian dia.
Sabtu, 17 Februari 2018
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan
Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.
Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.
Komen spam akan dibuang serta-merta.