Welcome To My Random Stories. From blogging about my family, recipes, hobbies, eating out and good bargain place. A little chit chat about myself so you will know me better.

Sunday, February 25, 2018

Majlis Tahlil Arwah Sepupu Suami

Sepupu laki meninggal November lepas. Tiba2 je arwah rebah depan pintu rumah. Masa dapat berita pagi esoknya. Laki aku je pergi melawat. Aku dan Aqlan tak pergi sebab takkan nak bawa budak pergi tengok jenazah.

Kami ke kenduri tahlil arwah Meor di rumahnya di Desa Pinggiran Putra. Kami cuba seawal mungkin sampai sebab nak join bacaan Yaasin dengan anak2 tahfiz. Alhamdulillah sempat.

Masa makan tu cuaca dah panas lit lit. Makanan sangat sedap. Style kampung gitu. Ada nasi putih, gulai daging salai ala2 ikan kering masak gulai tu..ulam2..ayam goreng..tapi memang aku tak ambil satu gambar lah ye. Kurang eloklah kan. Banyak juga kuih muih dan kek2.

Masa tengah2 baca Yaasin tu aku terfikir juga, aku mati nanti siapa pulak yang sudi datang bacakan dan sedekahkan ayat2 Al-Quran untuk aku. Kita mungkin ramai kenalan kat dunia ni tapi mati esok tak tahu siapa yang boleh hadir.

3 comments:

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.

Recent Comments