Jumaat, 9 Februari 2018

Sambal Ikan Bilis Dengan Kentang

Ini salah satu makanan kegemaran aku. Dulu mak selalu masak. Walaupun simple tapi bila makan dengan nasi panas boleh bertambah2. Pulak2 kalau ada telur goreng. Huishhh..masa membesar makan memang banyak kan. Siap ratah2 lagi walaupun pedas. So aku pun belajar2 la masak bila aku teringin nak makan bila tak duduk dengan mak dah. Ha lah masa tu duduk rumah bujang sorang2 masak hentam sajalah. Sendiri masal sendiri makan. Beberapa kali juga try and error.

Hari ni masak lagi sebab last time tengok ada orang masak. Suzie kot masak post kat IG. Aku terus leleh air liur. Ciss berdosa..

Jadi inilah resipi paling ringkas dan mudah. Cuma kena pandai kawal api. Jangan kasi hangus ikan bilis tu. Haha..itulah yanh terjadi kat aku. Sebab at the same time aku menggoreng kentang yang dah dihiris nipis2. So aku ni kadang2 masak ikan bilis ok kadang2 terover cooked. Ciss..


Mula2 kenalah rebus cili kering dulu. Aku pun pakai hentam je gunting kecil2 tatau berapa banyak cili kering aku guna. Dha rebus tu tos cuci dan blend dengan minyak zaitun.

Pastu bawang merah sebiji besar dan bawang putih 3 ulas kecik2 je..aku malas nak masuk blender dah sebab aku suka rasa2 bawang tu jadi aku chop guna chopper Tupperware je. Berguna wei alat ni. Dulu beli yang murah tak panjang umur dia..yang ni memang cantik after kena chopped.

Dah siap goreng ikan bilis segenggam dan kentang dihiris nipis 3 biji (Goreng lain2 kuali la) baru start masak sambal. Senang je sap sap soi siap. Tambah garam dan gula sikit.

Laki balik keje makan puji2 pastu kata ada pahit sikit. Yelah aku terlebih goreng ikan bilis. Haha..tapi dia makan penuh selera..cuma selera kena tahan sikit sebab nak jumpa kawan jauh dari Bintulu nun datang.

Oklah dah malam aku makan serimuka durian je. Beli melalui gambar IG..pastu whatsapp la dengan ownernya. Dah 2 kali beli memang tak kecewakan kami. Sedap weii rasa durian..


Pastu aku makan juga puding roti jeli strawberi aku buat sendiri la. Saja je nak ngabiskan roti tu. Sian dia.

Yang tangan kecik tu memang suka jadi model

Ni lauk Aqlan. Dia suka sangat makan sup. Sup tauhu telur jepun.

4 ulasan:

  1. Tambah tempe goreng, tauhu goreng dan tauhu kering dah jadi sambal goreng jawa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Dah habis makan baru teringat tempe. Tapi takde stok masa tu.

      Padam
  2. favourite sambal tu.. makan dengan nasi panas2.. perghh

    BalasPadam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.