Lunch hari ni teringin nak makan masakan pedas2 atau nogori. Sekali laki ajak pi restoran nasi padang. Aku ok je..
Restoran ni kat PJ. Kalau parking depan2 restoran kena bayar, kalau parking bawah flyover free je Sabtu, Ahad dan Cuti Umum. Aku first time datang sini. Sampai tempat parking pun macam tertengok2.
Kami pun order la makanan. Tunjuk2 je nanti diorang hantar berhidang. Alhamdulillah ada sup kosong boleh bagi Aqlan makan dengan ayam pop.
Dah siap makan laki pun bersedialah nak bayar nilai makanan yang pada kami mungkin sama dengan Sari Ratu. Sekali tak sampai RM50 pun. Eh eh murahlah katanya. Kalau tengok pelanggan yang datang semua cam ada-ada. Rupanya takdelah mahal sangat. Makan kat nasi ayam damansara lagi mahal kot.
Selepas tu kami ke Empire pulak sebab laki nak beli ubat ketiak. Dah alang2 aku nak pergi Mr DIY lah cari barang. Aqlan pulak dah start menangis2 sebab penat, mengantuk dan nak mainan. Kedai mainan banyak wei kat sini. Naya..masuk DIY jelah murah sikit.
Lepas tu kami balik...hujan sangat2 lebat siap berpayung kaki tenggelam dalam lopak air hujan yang mengalir..sebelum masuk rumah basuhla kaki dulu dah bergenang air. Geli pulak rasanya eh.
Lepas Isyak kami pi Keramat pulak laki nak makan sup. Sekali dah sampai sana dia tukar fikiran. Hahaha..kami makan kat kedai Bihun Sup Langgaq. Sedap bak hang. Boleh datang lagi lain kali. Masa makan terbau cuq udang. Ingat lepas makan laksa nak makanlah sekali habis. Rugilah weii tapi takde rezeki nak wat camner. Lain kali nak datang balik.
Sabtu, 10 Februari 2018
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
dalam byk2 menu ...mee plain aqlan tu yg haku dambakan saat2 sakit tekak mcmni..huaa.. meh sikit aqlan! :p
BalasPadamLoh celup mee dalam sup je..
Padam