Sunday, February 18, 2018

Testing New Product From The Face Shop

Last pencuci muka aku beli jenama Simple. Sekali kulit aku bertambah2 kering. Terus stop. Kemudian lama juga tak pakai pencuci muka. Muka makin lama makin kering..pulak2 pergi piknik dan makan2 kat Jeram tu masa musim cuaca tengah panas lit2..eloklah sunburn pulak.

So hari ni dah alang2 ke Bangi ke Manjaku beli barang2 Aqlan, ke Karysma beli alatan menjahit lagi..laki tiba2 ajak ke IOI City Mall. Eh eh..tujuan asal nak tukar bateri jam. Dah tu takde stok jugak sampai 20 Mac. Kata staff Swatch tempat lain ada. Kalau ikut website ada branch2 tertentu bagi free je tukar bateri. The things is 2 2 jam tangan aku mati bateri. Satu lagi jam Ice Watch. Tak terfikir pulak nak tukar kat kedainya. Bila tak pakai jam tangan pun rasa pelik juga sebab dah biasa. Ni nak tengok waktu kena belek HP. Tak gemarla.

Sudahnya aku masuk The Face Shop. Aku memang susah sikit nak masuk kedai kosmetik Korea yang lain. Tah kenapalah suka sangat dengan yang ini. Saja cek membership..dah mati pun. Haha. Lagi satu dah lama tak pergi sebab staff yang digemari tu dah berhenti.



Beli trial pack je dulu RM64. Kalau serasi aku beli yang saiz besar. Sebab harga sebotol pun dah berapa kan..pedih muka kena sunburn ni. Gatal2 lagi. Lepas ni nak cari bedak sejuk pulak.

4 comments:

  1. oh rajin review produk dah skang hehe. gud gud

    ReplyDelete
    Replies
    1. Review dengan beli pakai duit sendiri. Rasa lebih baik testimoni kan..hehe.

      Delete
  2. pakai dl lepas tu sharing is not to caring result ye :D

    ReplyDelete

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.