Kali ni pergi siap laki buatkan reservation. Sebab risau tak dapat tempat duduk. Pulak2 plan nak pergi masa CNY. So kami cadang pergi lepas solat Jumaat.
Selepas jemput Reen dan Adam kami ke sana melalui LATAR. Walaupun nampak jauh sampai boleh jamak tapi jalan lebih selesa.
Kami sampai dalam jam 4 lebih. Sepanjang jalan memang berborak non stop. Masa sampai orang tak ramai, jadi suka2 je pergi memilih seafood. Kami dapat meja bawah khemah macam kenduri kahwin. Reen teringin nak duduk atas altar tapi tu first come first serve dan dah penuh pun. Haha..aku pulak tak kisah sebab bayu dari laut kuat. Sedaplah layan angin.
Tak lama kami duduk makanan dan minuman sampai. Kami semua dah lapar...Ann dan Bujal tak sampai2. Nak tunggu macam perut takleh tahan. Hehe. Jadi kami pun makan dululah.
|
Sotong goreng tepung 2 pinggan |
|
Ikan bawal goreng kunyit |
|
Ikan jenahak 3 rasa |
|
Nasi untuk 8 orang..ada 2 mangkuk nasi |
|
Kailan ikan masin saiz besar |
|
Sup kosong untuk Aqlan |
|
Kari ikan sembilang 2 mangkuk kecil. Pedas gila. Laki suka sangat. |
Tengah2 makan baru 2 orang tu sampai. Diorang tambah order ikan kerapu stim, (takde gambar).. masa tu orang dah ramai sikit jadi dapat lewat. Kami makan sambil tunggu matahari terbenam. Sempatlah solat Asar dan jamak maghrib isyak kat situ. Minum air bergelas2 ok. Menambah2. Dah ambil gambar duduk lagi. Orang berapa kali datang tanya tempat kami duduk tapi kami macam tanak2 bangun. Itulah penting buat reservation. Kami 7 orang je tapi kerusi meja dapat sampai 12. Aqlan memang duduk atas double chair. Elok sebelah tempat duduk ada tempat air kosong sejuk.
|
Gambar diambil oleh Aqlan |
|
Bila jadi gemuk dan kawan2 yang kurus buat kita nampak lagi gemuk. |
Bila dah malam kami balik ikut jalan biasa. Ya berlubang2. Dan banyak sangat trafik light kat Jeram ni. Sampai je Starbucks sebelah Petronas ada pulak yang nak ke toilet. Terusla lepak sambung minum dan borak lagi. Apa da..kata nak balik awal sebab tu pergi makan awal. Sudahnya nak jam 11 malam juga baru nak berpisah.
Total harga makan kat Aroma Ikan Bakar Jeram kami bayar RM410 setelah diberikan diskaun dalam 5 ringgit lebih. Yang paling mahal ialah ikan jenahak, ikan kerapu dan sotong. Kami minum air kelapa 3 biji, 1 jug air sirap limau, 2 teh tarik dan 2 teh o ais. Semua sedap belaka. Habis licin dimakan. Alhamdulillah.
dulu masa study uitm, lepas2 abis je final xm, mesti celebrate makan besar kat sini. kemahennnnn! huhu. kari semilang tu mmg 1 of our fav.. susah nak cari ikan semilang kat area kl..mostly keli. i mmg tak makan keli... kalau yg besar2 tu lagi gelimat mat mat mat..sbb mcm lembek2 sket peyut dia... jom kita makan dgn suzie jepun tu jom?? :)
BalasPadamHaha siapa nak drive wei? Ke nak ajak laki memasing juge..hihi..
Padameh bawa la askar2 ampa semuaaaa... i pun dah lama x drive sndiri nehh... hhuhuh
PadamOk je..laki ON je bab makan seafood. Kekeke..
Padam