Ingat nak bawak Aqlan pergi park kat Putrajaya, jadi hari ni menuju ke sana. Tapi sebelum tu kami lunch di Saba' Cyberjaya. Kali ni makan nasi dengan kambing dalam foil tu, kalau siapa pernah makan dulu2..nasinya dah lain. Tak sama. Tapi makan jelah. Nasi sama je dengan nasi khabsah.
Takpelah lepas makan nak makan baklava pulak kat kedai arab sebelah. Walaupun sebiji RM2.50 aku beli juga 3 sebab teringin. Oklah tak berminyak. Tapi macam 2x suap habis. Kecilnya kan.
Kemudian ke Alamanda nak tukar bateri jam Swatch. Sekali dah tutup kedai dah pindah ke IOI City Mall. Takpelah tak kuasa nak ke sana. Masa ni kepala aku pun dah start pening. Tak tahan panas kan.
Disebabkan itu tak dapat bawak Aqlan ke taman sebab aku memang tak mampu nak buka mata. Nak kena rehat. Dan ingat nak balik rumah je tidur. Sakit kepala ni sejak Jumaat minggu lepas sebelum ke Kuala Razila lagi. Makan ponstan pun tak selalu. Sebab aku tak suka sangat bergantung pada ubat. Tapi kali ni semacam denyutan dia so aku nak balik nak makan ubat. Tapi... sempat singgah beli air kelapa muda. Yums.
Ahad, 4 Februari 2018
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan
Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.
Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.
Komen spam akan dibuang serta-merta.