Ahad, 30 Jun 2019

,

Sebab Dapat Kupon Nando's

Alkisah laki aku order dalam kedai..tapi makanan yang ditapau tak muncul2. Macam terlupa pulak staff ni..jadi laki aku dah mula nak naik angin. Bila dia tanya je,..haaa dah  tahu salah kan. Maka dapatla 2 keping kupon beli 2 set free 1 set. Maka hari yang baik ni, ada mama dan wan nyah, kami pun pergilah makan di Nando's.

Shawl Waarna. Dah jatuh cinta pulak.



Tapi sebab pagi tak pagi sangatla dah makan cucur nasi dan masih kenyang jadi kami ke Mahnaz dulu. Mama nak beli madu dan the rest tu tiba2 penuh troli kan. Hahaha. Aku pun tiba2 nak kismis la nak saffron la..eh macam2 kat sini kan kedai borong. Murah2 jadi baik beli buat stok apa yang patut.

Dah siap tu baru kami ke SACC Mall sebab mama nak beli brooches. Ni kedai fav mama tapi aku tak ambik gambar pulak. Sebab masa diorang pergi aku asar siap2 dulu. Sebab lepas ni nak makan Nando's dah lapar.





Makan kami bergilir2 jaga Aqeel. Aku dah nak siap makan, burger laki aku belum sampai. Haaaa ada lagi nak kena bagi kupon ni? Nasib ada alasan problem dengan kitchen. Grill la tu.

Dah siap makan ada kisah pulak. HP laki tertinggal kat kerusi makan. Tapi laki aku sedar cepat2 dia nak ambik ada dah hamba Allah tolong. So laki aku dengan gembira bagila kupon Nando's lagi satu ke orang tu. Happy nya orang tu cerita laki.. seronok kan. Lagipun kupon tu kena pakai juga sebelum expired 30 Jun. Eh eh..

Kami ni selalu je dapat kupon free pizza dari Domino's sebab selalu staff dia lewat hantar pizza. Kadang2 guna. Kadang2 tak. Bagi je kat orang lain kalau dah tertulis rezeki dia, kami dapat pun still tak dapat gunakan juga.

Sabtu, 29 Jun 2019

,

Kenduri Kahwin, Open House Dan Serah Duit

Bila ada banyak rancangan kenalah pandai atur masa. Kali ni kenduri anak kepada sepupu mama. Bertempat di Star Avenue Mall. Tak pernah masuk mall ni. Selalu lalu je. Kami sampai awal sebab banyak plan kan. Tapi awal pun meja dah penuh. Lepas makan2 tak duduk lama dalam dewan. Hujan dan dewan pulak aircond sendu sangat.

















Siap jumpa saudara mara, kami hantar mama dan wan nyah balik. Solat zuhur  siap2 baru menuju ke rumah kak su di 16 Sierra. Kak su buat rumah terbuka almost every year. Setakat ni 3 tahun berturut2 aku dan laki pergi. Dari Aqlan..sampai ke Aqeel. Kat sini aku makan banyak sikit. Sedap je layan kipas angin bawah khemah. Dah kenyang masuk dalam rumah pulak. Tapi sekejap jelah sebab nak kena pergi rumah kawan laki pulak.




Sampai di Desa Pinggiran Putra perut memang dah penuh. Jadi minum air je sudah. Ni kali kedua ke rumah kawan laki ni namanya aku dah lupa. Lepak dalam rumah je. Aqlan dah tergolek2. Aqeel kacau orang pulak. Hahaha...semua dah penatla.




Kemudian ke opis laki kejap katanya nak buat claim dan hantar terus. Sebab dia akan sibuk di tempat client Isnin nanti. Jadi kami solat asar siap2 di sini. Masa ni laki cakap kalau aku nak ke seksyen 8 pergilah jalan kaki. Tak kuasa aku. Terus dalam kepala ni kata nak beli tudung Waarna la ada combo sale. Tak memasal laki pun ON je ke Alamanda. Lagi satu nak print gambar untuk mama. Alang2 kan.



Sampai2 je dah maghrib. Aku pergi dulu. Laki dan anak2 ke food court sebab Aqlan tak makan sangat. Bila turn aku pandai pulak budak ni ajak beli sesuatu dari MPH. So nak hilangkan rasa bersalah karang nak beli tudung jadi belikan juga budak ni sesuatu. Macam2 dia minta tapi aku dan laki memang dah ajar dia 1 toy only per visit. So belikan dia education toy. Kena pasang2 dan hidup gunakan tenaya solar. Haha aku siap2  cakap nanti balik buat dengan Abah. Kami pun tapau makanan untuk mama dan wan nyah.





Sampai rumah dah nak jam 10 malam. Penatnya... tapi masak juga pasta rings untuk Aqlan dan Aqeel sebab diorang makan macam tak kenyang tadi. Masak nasi juga sepot siap2 sebab mama dah lama mintak nak makan cucur nasi. Esok pagi buat breakfast la.

Ahad, 23 Jun 2019

Last Day Di Bangi Golf Resort

Sebelum ke majlis resepsi adik ipar di UKM, kami kena kemas2 barang dan check out terus. So barang2 semua pindah ke bilik adik ipar. Hehe. Bilik adik ipar besar...bilik air dia besar lagi dari bilik kot. Hurmm..ada sofa semua ada pintu pemisahan la.

Pagi tu bersiap kat bilik mama

Sementara tunggu Amoi kawan Jija










Saja sebab ada dalam lobby hotel


Masa ni dah nak balik pakai tudung 2 loops 

Buat2 mata besar 

Dah habis majlis kami duduk lepak dulu kat bilik dia. Suami dah balik rumah dulu hantar barang2 baru datang balik bawak kami. Kisahnya kereta suami adik ipar break down tiba2 semalam. Dah tak cukup kereta la. Jadi kami perlu bergilir2 la guna kereta. Kereta adik ipar pulak masih di workshop pun tengah dibaiki. Yang jalan kereta aku dan kereta mama. Alhamdulillah masih ada kenderaan kan walau dah lama. Kereta mama je masih baru.

Cadangnya bila tiba di rumah ingat nak makan lauk tapau kenduri. Tapi nasi takde. Sekali sebelum sampai suami singgah KFC dah terus je wan nyah nak belanja makan. Dah penat..bila pulak nak masak nasinya...

Habis dah cerita majlis perkahwinan adik ipar, Jija dan Shahrul. Terima kasih yang hadir. Baju2 kami sewaktu resepsi semua dibelikan kainnya. Aku hantar baju ke Rackzone, Bangi. Baju suami hantar kepada Bujal, suami Ann, my BFF jugak... baju anak2 aku jahit sendiri je. Eh dah boleh ambik order jahit baju budak2la..tapi tahu jahit leher teluk belanga je. Leher cekak musang belum mahir. Shawl aku beli kat Waarna je. Bestla kain dia. Hehe. Tak mampu beli Duck ok. Laki ada juga tanya nak pakai Duck ke. Eh...teringin juga sehelai. Hahaha..kalau dia sudi belanja..birthday I dah dekat ni. Hehe.

Baju masa majlis nikah adik ipar beli kain tu kat Indonesia 3 tahun lepas kot. Baru rasa nak tempah sebab ada majlis kan. Baju tu pun bling2 dia banyak sangat. Aku pakai rasa macam besar je. Haha..dah gemuk kain kemas memang hudoh dilihat ya. Shawl Waarna gak. Baju laki hantar ke Bujal dan baju anak2 aku jahit. Okay memang banyak menjadi lepas beranak Aqeel..tunggu lama juga..kain2 beli di Jakel je. Murah dan cantik. Begitu juga sampin beli sehari sebelum balik raya...nangis redah manusia dalam Jakel Ostia Bangi. Sampin budak2 aku beli kain reja je. Pastu jahit bubuh velcro senang cerita tiru sikit idea dari pokokkids.