Sabtu, 10 Jun 2017

Ramadhan 1438H Hari #15

Dahhhh....mak pak ramai la yang nak balik kampung kutip anak2. Selasa dah sekolah balik kan. Orang yang bekerja rasa heaven je 2 minggu ni lepas tu...

Kami pun nak balik kampung nak merasa berbuka dan bersahur dengan keluarga di sana.

Untung jadi stay at home mom. Ada wanita lebih suka digelar working at home mom. Tapi aku rasa kebanyakan tu banyak omputih je. Sebab memang diorang boleh kerja dari rumah. Benefit diorang sebagai mak mak ni lagi besar dari  mak mak bekerja di Malaysia. Cuti  beranak bergaji dah 6 bulan. Pastu nak extend lagi 6 bulan jaga anak pun boleh..ada tu aku baca kerja keras 6 bulan tanpa cuti. Gila2 punya.. pastu 6 bulan lagi around the world bercuti..terpulanglah pada niat masing2... kita orang Islam ada matlamat di Akhirat. So dunia ni tempat buat amal...segala mak nenek amal ibadah.. kalau boleh cover yang sunat buatlah.. sebab kita hidup abadi di Akhirat. Bila fikirkan kematian memang seram. Sebab takde siapa yang dikenali mati hidup balik dan cerita alam kubur. Atau paling2 saat dicabut nyawa.

Aku ni insan yang nak memaafkan boleh nak lupakan susah..haha...tapi macamla pada orang2 yang pernah aku buat salah tu mudah nak lupakan kesalahan aku. Jadi pujuk2 diri tu takyah nak membawak sangat.. bab2 mahu kesalahan orang tu atau lebih tepat kezaliman orang tu pada kita untuk diadili, biarlah Allah jadi hakimnya. Kat dunia hang suka2 ya...malas aku nak jumpa orang2 ni kat Akhirat nun. Ada orang punyalah marah tak maafkan sampai cakap "jumpalah kat Akhirat nanti!!!"

Jangan....masa Akhirat tak sama dengan dunia. Untung dah jadi umat Nabi Muhammad kita settle untuk diadili dulu. Tapi tu pun dah beribu tahun daaa....kalau sekarang ada 7 bilion orang, sorang2 nak kena diadili ingat tak lama? Dahla yang menunggu pun azab..yang kena hukum lagi azab. So takyah buang masa nak jumpa orang2 ni..biar Allah je hukum. Maha Adil dan Saksama.

Ni aku pujuk diri sendiri. Tapi kalau korang pun terkesan dengan kata2 aku..maka jom sama2 memaafkan...tapi sebab iman aku lemah...bab2 ketika aku rasa sedih sangat sebab dizalimi, aku nak orang tu rasa juga pedihnya. Adoi....susah kan.. sebab geram...

Tak kuasa aku nak masuk syurga dah tiba2 sebab aku pernah cakap jumpa kau di SANA, kena hold pulak perjalanan tu..dahla.. tak kuasa nak jumpa...aku maafkan aje. Biar Allah membalas perbuatan zalim kau.

P/s..Aku manusia biasa..tipikal sangat kan.

Jumaat, 9 Jun 2017

,

Minggu Kedua Ramadhan 1438H #7

Wah cepatnya dah 14 hari Ramadhan. Tapi aku baru puasa 9 hari je.. kena catat bukan apa..aku selalu dapat puasa penuh sebulan..jarang2 sangat kena ganti puasa. Tapi disebabkan sejak muda remaja mak bapak dah ajar puasa 6 jadi puasa 6 tu dah diniatkan juga dengan puasa ganti.

Jap jap..aku pun tak ingat sejak umur berapa aku start puasa 6. Yang pasti umur 8 tahun masih puasa sekerat hari..dah 9 tahun baru puasa penuh. Hehe. Masa kecik takde pulak janji2 manis penuh puasa dapat apa2.. puasa jelah..janji bila buka puasa dapat makan banyak2. Mungkin salah satu sebab dapat puasa penuh tu pun sebab dah duduk asrama. Ya..aku masuk asrama sejak umur 9 tahun. Ya ngerti? Jam 4 pagi dah kena bangun kot..kalau nak cerita kisah duduk asrama...sejak kecil memang masih segar..betapa sukar... menjadikan aku seorang yang tegar...

Berbalik nak buka puasa hari ni tahap nak masak berdiri kat dapur macam tak daya sangat2. Nak masak ayam masak rose dengan nasi tomato cam tak mampu....... exhausted gila hari ni. Padahal sahur makan sup tulang, nasi, buah mangga, minum Milo dan 500ml air kosong. Oh ya... semalaman tak dapat tidur kes Nescafe kaw kaw.. dan minum teh sparkling kat kedai..haaa tu lahhh.

Jadi cadangan nak masak telur goreng dengan ikan pekasam dari niat laki akan dipenuhi. Actually dia nak juga ayam goreng... maaf encik.. ayam keras membeku memang tak bawak keluar.

Setakat entri ditulis baju masih belum di pack. Nak balik Ipoh kan esok. Manalah beg lembik aku tu. Beg tarik ada barang tak boleh dikeluarkan. Balik 2 malam je patut sap sap soi je...

Lepas terawih kami ke McD la. Drive thru je. Nak kemas baju yang tak habis2..nasib dapat lipat kain dan gantung mana yang dah dibasuh beberapa hari lepas. Dah macam gunung aku tengok...


Chubby kan muka tuhhh..

Khamis, 8 Jun 2017

,

Minggu Kedua Ramadhan 1438H #6

Seperti yang dirancangkan, akhirnya masak juga sup daging. Dalam 1kg daging lembu frozen masuk pressure cooker je. Ok takyah buat kerja lebih sangat..biar periuk buat kerja. Kita campak2 je. Aku tak pakai sup bunjut.. cuma masukkan kulit kayu manis dan star anise. Pakai bawang banyak..so semerbak...

Laki yang baru balik dari Batu Pahat pun bawak banyak kerepek balik...ada juga pisang salai. Wahhh...

Kami buka puasa ramai2 dirumah. Seronoklah.. termasuk budak kecik yang kejenya menyiram kuah, daging dan kentang dalam mangkuk nasi aku. Nak dekat jam 10 malam baru keluar rumah pergi cari kek.





Rabu, 7 Jun 2017

Minggu Kedua Ramadhan 1438H #5

Sahur makan pizza je..dahla tak boleh tidur langsung lepas pekena Nescafe kaw kaw punya. Laki pun tak dapat tidur. Aku duduk tengok TV sampai jam 3 pagi sambil kemas mainan Aqlan. Dalam hati ada rasa je nak buang mainan dia yang rosak2. Tapi laki pesan jangan buang, dia nak baiki. Aqlan pulak suka improvised benda2.

Dah naik tu mata pun still takleh lelap..so sahur tu minum Milo. Takmo teh or kopi dah..

Hari yang redup. Jadi settlekan baju raya Aqlan. Oh seronok menjahit ya. Kalau beli paling kurang RM50 kot. Baju budak pun mahal..

Laki pulak tiba2 nak kena pergi kerja di Johor esok. Client panggil. Satu hari je...tapi if one day dia dapat kerja di Johor sepenuhnya seronok juga. Hehe..angan2 kan. Aku dah pernah duduk Utara, Timur dan Barat. So kalau Allah bagi duduk Selatan, Alhamdulillah.

Buka puasa paling malas kali ni ialah roti letak telur goreng dan sos tomato. Minum teh o. Banyak je lauk dalam freezer dah malas nak masak khayal jahit baju anak camnilah gayanya..nasib laki buka puasa di luar. Aqlan teman makan..hehe..


Ok..i miss rambut Aqlan yang dipanggil cendawan tu. Bila rambut nak panjang balik....

Selasa, 6 Jun 2017

Minggu Kedua Ramadhan 1438H #4

Cepatnya Ramadhan berlalu. Bulan ni lah yang paling best sebab kurang satu unsur jahat. Tapi kalau bulan ni ada juga buat dosa besar tu maknanya nafsu dah sebati dengan kejahatan. Jadi marilah bertaubat lebih2 lagi dalam bulan yang hebat ni.

Sahur makan ikan jaket. Gamaknya masa cubit2 buang kulit keras dia tu aku tetap tertelan..dah sangkut dalam anak tekak sampai ke sudah tulis entry ni. Tatau camne dah nak buang. Memang tak selesa.

Sambung menjahit baju Melayu Aqlan. Senang je rasa tak confident panggil dia untuk ukur balik. Hehe. Sibuk dia kita menggunting dia nak jugak. Jarum peniti pun dia nak lekatkan. Tapi sebab aku percayakan dia, maka dia guna dengan hemah..maksud aku peniti. Gunting kain memang aku tak bagi. Dia banyak soal. What this..what this..? Semua dia tanya. Selagi tak jawab selagi tu kena tanya. Kadang mati akal apa nak jawab. Haha. Jadi untunglah dua bahasa aku ajar sekali. Tak lama lagi bahasa ketiga. Sikit2 sudah. Yang penting dia faham. Apa diarahkan dia tahu dan ikut. Tanak dia melawan atau takut. Biar dia hormat dan taat.

Buka puasa pizza. Pizza delivery man pun sampai jam 7.30pm. Aku pun solat Maghrib dulu..senang. lepas makan semua, laki pergi Masjid Abdul Rahman Bin Auf. Jauh pun dia suka sebab imamnya cepat walaupun buat 20 rakaat. Masjid Ehsan kat BK5 ni imamnya start lewat, jadi bacaan pun lama..8 rakaat je..sama habis dengan laki yang dah tiba di rumah.

Lepas terawih nanti laki ajak pergi jalan2 tengok lampu. Tengok baju dan beli baju bila pulak ya..😀😀😀👡👜💄

Isnin, 5 Jun 2017

,

Minggu Kedua Ramadhan 1438H #3

Sahur makan lebihan nasi Mediterranean semalam je. Makan dengan rendang hitam yang di frozenkan. Adik ipar masak buat jual. Kami makan yang lebih. Hehe.

Buka puasa pun masak ikan masak asam. Dan juga beberapa biji kuih yang laki beli. Minum teh pudina campur pelaga. Memang sedap minum panas2. Segar..

Lepas terawih laki ke pasar borong. Dia memang suka tu. Terapi diri. Laki suka beli groceries. Katanya menggembirakan. Macam aku suka beli barang jahitan la.. hehe.

Pasar kegemaran laki..24 jam buka
Lamb rack
Besar pulak..
Zucchini kuning. Aneh kan.
Ni last week punya gambar..haha depa tolak RM10 je semua ni..tapi laki beli 6 ekor je.
Siapa pernah cuba.? Kita rasa aneh..kalau nak buat bandung mesti guna sirap dan susu cair dan air soda.
Otak kambing. Siapa tengok MKR season 8 ada peserta yang masak tau..angry angry man a.k.a Tyson..hehe

Ingat esok nak masak sup tulang. Tapi kalau jadi benda lain..tak tahulah..sebab budak kecik mintak pizza. Hari ni dia makan pasta vegetables dengan sup cendawan. Kemudian malam makan ikan tempura. Balik kerja abah dia bawa jalan2 ke kedai2..dia suka sangat. Masa jalan2 tulah dimintanya pizza. Aku start makan pizza pun umur dah 22 kot. Haha..

Ahad, 4 Jun 2017

,

Minggu Kedua Ramadhan 1438H #2

Tiba2 hari ni qadak tidur sebab tak tidur semalaman tu. Punyalah tak boleh buka mata tapi gagah juga bangun sahur. Makan roti sekeping dengan puding roti je. Pastu minum Milo. Tanak minum kopi or teh. Kang mata membulat je..lama2 pening sebab kurang tidur.

Jam 3 petang start masak nasi Mediterranean. Sebab nak buka puasa dengan Mak. So end up ada Yome juga yang kelasnya dibatalkan. Jadi masakla banyak sikit jamah semua orang. So beli kuih muih sikit juga.


Meriah jugalah makan walaupun sikit je berkumpulnya. Kalau semua datang tak muat pulak rumah abang lut. Hehehe..


Masakan kurang garam, tapi ada kuah kari kambing yang dibeli jadi sedaplah makan tu. Dah puasa tak dapatlah rasa. Better tawar dari masin langsung tak boleh adjust.

Sabtu, 3 Jun 2017

Minggu Kedua Ramadhan 1438H #1

Sebab teh o dan nescafe, aku punya mata tanak lelap sampai ke sudah.

Laki yang jumpa kawan pun dah balik tak boleh tidur. Kami pun berborak. Ada masa senyap ada masa bercakap hinggalah masuk waktu nak sahur.

Sahur makan koay teow je. Minum air sebanyak yang boleh. Dah macam first day puasa balik.

Lepas subuh pun mata bulat. Jadi aku sambung jahitan. Menetas dan mereka balik..kemudian jahit. Bila rasa tak boleh teruskan sebab mengantuk aku berhenti. Kang silap jahit nak tetas lagi mahu projek siap tahun depan. Hehe. Jadi naik bilik, mandi dan nak tidur. Jam 10 pagi dah..

Anak bujang bangun pulak nak makan. Baru nak lelap tu...macam tidur tak puas sebab teringat macam2. Dah bagi dia makan semua oklah nak sambung baring balik. Tak tidur pun..tataula mata jadi panda ke tak..

Lepas zuhur buatlah puding roti Milo ikut resipi Azie Kitchen. Semua bahan dah ada syok jugalah nak buat. Laki ajak tapau makanan untuk berbuka. Kesian kat bini nak masak. Hehe bila weekend syok juga kalau tak masak. Kadang buntu.


Laki pun penat tak tidur, kita bagi dia chance la. Bolehla juga aku layan mata ni..tapi anak bujang memang berjaga..dia tahu nak keluar...semalam dah janji..tak kisah ke mana asal naik kereta. Semalam tunggu abah dia balik terawih dari masjid sampai tertidur. Kesian.

Jam 4 keluar terus ke Masjid Raja Haji Fi Sabilillah di Cyberjaya. Siap solat terus ke Restoran Saba. Tunggu laki tapau sampai terlena sekejap..mahu sejam juga. Bila dia balik katanya siapa datang jam 6 semua pesanan dah tak diterima. Lauk habis.

Aqlan pulak tidur masa tu sampai jam 8 malam. Jadi masa kami makan takdelah kelam kabut. Dia bangun bagi dia makan. Boleh tahan makan banyak nak separuh bekas nasi. Aku pun dah start mengantuk sangat2.

Puding Roti Milo. Resipi di Azie Kitchen. Mudah dan sedap. Laki pun kata menarik. Rasa makan dengan susu cair atau aiskrim pun sedap.


Kari Ayam Nyonya

Untuk yang  bertanya resipi..memang ada je kat google kalau korang nak tahu lebih lanjut. Versi aku dah diubah ikut tekak. Ni kali kedua buat. Tahun lepas buat sekali je. Hehe.

Rujukan asal:-
http://makanminumbest.blogspot.my/2016/06/kari-ayam-nyonya.html?m=1

Yang dah diolah....

6 bahagian peha ayam
Susu Dutch Lady Full Cream 1 cawan @250ml
Bawang merah 6 ulas
bawang putih 4 ulas
Serai 3 batang hiris
Lengkuas 1 inci
Halia 1 inci
Kunyit hidup 1 inci
Cili Merah 2 batang dihiris
Serbuk rempah daging Faiza 1 paket kecil

Kentang 5 biji belah dua
Daun kari 

Selain yang dihiris tu semua blend kan aje. Minyak dah panas, masukkan bahan2 diblend, daun kari, serbuk rempah dan serai, dah didih masukkan ayam, kentang, cili. Kemudian masukkan susu. Api perlahan naaaa....lama juga masak sampai ayam tertanggal dari tulang. Hehe.


Jumaat, 2 Jun 2017

Kisah Ramadhan 1438H #7

Bangun je sakit kepala. Rasa kurang air. Tapi gagahkan diri juga masak nasi goreng untuk anak. Dia tahu apa kan.

Nak buat puding kastard tapi takde agar2 dan tepung kastard dah expired 1 Jun 2017. Tak berani nak guna. Jadi tunggulah laki balik belikan...

Sebab kepala masih sakit berdenyut kat mata..ala migrain la tu..maka mohon laki beli makanan sendiri untuk berbuka sebab kita nak kena tidur je. Dah tak di mata sakit di kepala pulak.

Laki balik belikan barang2 nak buat puding dan kuih muih untuk berbuka. Sedap pulak makan. Lepas dah makan tu laki pergi terawih dan terus jumpa kawan2 lama. Diorang rindu dia lah tu. Hehe.

Aku pun baru elok lepas telan ponstan sebiji. Terpaksa..kalau tak memang tak boleh buat apa. Basuh pinggan..kemas2 apa patut. Kemudian.....

Duit  syiling yang bersepah atas meja tu aku masuk bekas. Tabung takde atas meja makan. Kuasa nak bubuh syiling cari tabung tu, aku pun buat kerja...tebuk bekas bawang goreng dan jadikan tabung. Aktiviti untuk Aqlan. Dia pun datang tengok dan seronok. Aku pun ajarla dia letak syiling ikut jenis. Dia pun buat dan bila nampak syiling dia excited nak bubuh. Jadilah..budak mudah gembira. Kena selalu ajak diorang join..cuma masa nak buat lubang tu aku guna pisau yang amat tajam jadi bagitahu dia jangan pegang. Tapi sambil aku menebuk tu dia pun sibuk letak tangan comel dia dihujung tangan aku yang sedang memegang pisau. Eii budak ni...!!!


Yang 1 sen tu aku sengaja tak tebuk. Jaranglah nak jumpa dah kan.

Nak kejar muka surat banyak lagi belum baca....

Khamis, 1 Jun 2017

Kisah Ramadhan 1438H #6

Laki dah pesan semalam iron kemeja dia nak pergi meeting. Aku pulak pergi layan FX cerita American Horror Stories: Hotel. Siapa layan citer ni? Haha aku tengok sebab ada Lady Gaga. Sudahnya dah ngantuk jam 1 lebih baru nak tidur.

Jadi iron baju pagi2 la..aku memang seorang perempuan yang tak pandai iron baju sangat. Kerap baju tu masih nampak kedutan. Mungkin aku tak kuat menekan? Iron problem? Yang pasti memang kerap sangat aku iron tak lawa. Entahla...nasib baju laki kain senang nak iron. Itupun masih ada kedut..tahlaaaa..

Petang masakkan ikan patin goreng berlada dan sayur kacang buncis goreng kicap. Nak buat puding Milo macam resipi Azie Kitchen takde agar2 pulak. Yang lain ada. Esok esok jelah. Jadi benda manis cuma buah rambutan dalam tin.

Lepas terawih laki ajak keluar pergi cari makanan untuk sahur. Sebab makanan tadi semua habis. Tinggal serdak cili ikan dan nasi. Aku masak filet ayam untuk Aqlan. Dia makan satu setengah bahagian je.

Laki dah beli perangkap untuk cik ti. Katanya nak pakai pc guna wifi la tak perlu wayar2 dah. Ha la orang IT tahunje solutions. Alu mostly pakai hp je. Si Aqlan dengan Ipad berat nanang cover sebab asyik jatuh dan retak cermin. Amik ko lama dah dia bawak Ipad berat tu ke hulur ke hilir siap kadang2 dengan botol air dia. Tapi aku selalu beritahu dia kalau ke bawah no Ipad. Kadang2 dia pandai tumpang dalam bakul baju2 yang nak dibasuh.

Alhamdulillah untuk hari ini, hari2 sebelumnya dan selepasnya.

Tenangnya tengok pantai ni