Wednesday, June 7, 2017

Minggu Kedua Ramadhan 1438H #5

Sahur makan pizza je..dahla tak boleh tidur langsung lepas pekena Nescafe kaw kaw punya. Laki pun tak dapat tidur. Aku duduk tengok TV sampai jam 3 pagi sambil kemas mainan Aqlan. Dalam hati ada rasa je nak buang mainan dia yang rosak2. Tapi laki pesan jangan buang, dia nak baiki. Aqlan pulak suka improvised benda2.

Dah naik tu mata pun still takleh lelap..so sahur tu minum Milo. Takmo teh or kopi dah..

Hari yang redup. Jadi settlekan baju raya Aqlan. Oh seronok menjahit ya. Kalau beli paling kurang RM50 kot. Baju budak pun mahal..

Laki pulak tiba2 nak kena pergi kerja di Johor esok. Client panggil. Satu hari je...tapi if one day dia dapat kerja di Johor sepenuhnya seronok juga. Hehe..angan2 kan. Aku dah pernah duduk Utara, Timur dan Barat. So kalau Allah bagi duduk Selatan, Alhamdulillah.

Buka puasa paling malas kali ni ialah roti letak telur goreng dan sos tomato. Minum teh o. Banyak je lauk dalam freezer dah malas nak masak khayal jahit baju anak camnilah gayanya..nasib laki buka puasa di luar. Aqlan teman makan..hehe..


Ok..i miss rambut Aqlan yang dipanggil cendawan tu. Bila rambut nak panjang balik....
Previous Post
Next Post

About Author

0 comments:

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.