Sabtu, 10 Jun 2017

Ramadhan 1438H Hari #15

Dahhhh....mak pak ramai la yang nak balik kampung kutip anak2. Selasa dah sekolah balik kan. Orang yang bekerja rasa heaven je 2 minggu ni lepas tu...

Kami pun nak balik kampung nak merasa berbuka dan bersahur dengan keluarga di sana.

Untung jadi stay at home mom. Ada wanita lebih suka digelar working at home mom. Tapi aku rasa kebanyakan tu banyak omputih je. Sebab memang diorang boleh kerja dari rumah. Benefit diorang sebagai mak mak ni lagi besar dari  mak mak bekerja di Malaysia. Cuti  beranak bergaji dah 6 bulan. Pastu nak extend lagi 6 bulan jaga anak pun boleh..ada tu aku baca kerja keras 6 bulan tanpa cuti. Gila2 punya.. pastu 6 bulan lagi around the world bercuti..terpulanglah pada niat masing2... kita orang Islam ada matlamat di Akhirat. So dunia ni tempat buat amal...segala mak nenek amal ibadah.. kalau boleh cover yang sunat buatlah.. sebab kita hidup abadi di Akhirat. Bila fikirkan kematian memang seram. Sebab takde siapa yang dikenali mati hidup balik dan cerita alam kubur. Atau paling2 saat dicabut nyawa.

Aku ni insan yang nak memaafkan boleh nak lupakan susah..haha...tapi macamla pada orang2 yang pernah aku buat salah tu mudah nak lupakan kesalahan aku. Jadi pujuk2 diri tu takyah nak membawak sangat.. bab2 mahu kesalahan orang tu atau lebih tepat kezaliman orang tu pada kita untuk diadili, biarlah Allah jadi hakimnya. Kat dunia hang suka2 ya...malas aku nak jumpa orang2 ni kat Akhirat nun. Ada orang punyalah marah tak maafkan sampai cakap "jumpalah kat Akhirat nanti!!!"

Jangan....masa Akhirat tak sama dengan dunia. Untung dah jadi umat Nabi Muhammad kita settle untuk diadili dulu. Tapi tu pun dah beribu tahun daaa....kalau sekarang ada 7 bilion orang, sorang2 nak kena diadili ingat tak lama? Dahla yang menunggu pun azab..yang kena hukum lagi azab. So takyah buang masa nak jumpa orang2 ni..biar Allah je hukum. Maha Adil dan Saksama.

Ni aku pujuk diri sendiri. Tapi kalau korang pun terkesan dengan kata2 aku..maka jom sama2 memaafkan...tapi sebab iman aku lemah...bab2 ketika aku rasa sedih sangat sebab dizalimi, aku nak orang tu rasa juga pedihnya. Adoi....susah kan.. sebab geram...

Tak kuasa aku nak masuk syurga dah tiba2 sebab aku pernah cakap jumpa kau di SANA, kena hold pulak perjalanan tu..dahla.. tak kuasa nak jumpa...aku maafkan aje. Biar Allah membalas perbuatan zalim kau.

P/s..Aku manusia biasa..tipikal sangat kan.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.