Isnin, 5 Jun 2017

,

Minggu Kedua Ramadhan 1438H #3

Sahur makan lebihan nasi Mediterranean semalam je. Makan dengan rendang hitam yang di frozenkan. Adik ipar masak buat jual. Kami makan yang lebih. Hehe.

Buka puasa pun masak ikan masak asam. Dan juga beberapa biji kuih yang laki beli. Minum teh pudina campur pelaga. Memang sedap minum panas2. Segar..

Lepas terawih laki ke pasar borong. Dia memang suka tu. Terapi diri. Laki suka beli groceries. Katanya menggembirakan. Macam aku suka beli barang jahitan la.. hehe.

Pasar kegemaran laki..24 jam buka
Lamb rack
Besar pulak..
Zucchini kuning. Aneh kan.
Ni last week punya gambar..haha depa tolak RM10 je semua ni..tapi laki beli 6 ekor je.
Siapa pernah cuba.? Kita rasa aneh..kalau nak buat bandung mesti guna sirap dan susu cair dan air soda.
Otak kambing. Siapa tengok MKR season 8 ada peserta yang masak tau..angry angry man a.k.a Tyson..hehe

Ingat esok nak masak sup tulang. Tapi kalau jadi benda lain..tak tahulah..sebab budak kecik mintak pizza. Hari ni dia makan pasta vegetables dengan sup cendawan. Kemudian malam makan ikan tempura. Balik kerja abah dia bawa jalan2 ke kedai2..dia suka sangat. Masa jalan2 tulah dimintanya pizza. Aku start makan pizza pun umur dah 22 kot. Haha..

6 ulasan:

  1. kita 1st makan pizza dalam darjah2 juga.
    Pakcik lanje bawa balik umah. bapak jakun aihh tgk tarik2 mcm h*ngus(cheese) tu.
    pastu byk nat tayar(olive)... capsicum.. that was my 1st attempt.. lepas tu, pantang ada duit raya..p makan sndiri adik badik.huhu. dulu pizza hut siap ada kaunter salad lagi kan? sup amek sendiri. skrang,makan pizza ada la setahun skali.. pandai jemu dah. hehe.

    BalasPadam
  2. sup tulang sedappp tu, dah masak bak mai sikit...
    otak kambing tu tak pernah jumpa la, mula2 ingt tauhu hahaa

    BalasPadam
  3. E'in..kita tak beli otak tu..tatau cara nak masak pun..lagipun mana elok makan organ dalaman haiwan..

    BalasPadam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.