Laki yang jumpa kawan pun dah balik tak boleh tidur. Kami pun berborak. Ada masa senyap ada masa bercakap hinggalah masuk waktu nak sahur.
Sahur makan koay teow je. Minum air sebanyak yang boleh. Dah macam first day puasa balik.
Lepas subuh pun mata bulat. Jadi aku sambung jahitan. Menetas dan mereka balik..kemudian jahit. Bila rasa tak boleh teruskan sebab mengantuk aku berhenti. Kang silap jahit nak tetas lagi mahu projek siap tahun depan. Hehe. Jadi naik bilik, mandi dan nak tidur. Jam 10 pagi dah..
Anak bujang bangun pulak nak makan. Baru nak lelap tu...macam tidur tak puas sebab teringat macam2. Dah bagi dia makan semua oklah nak sambung baring balik. Tak tidur pun..tataula mata jadi panda ke tak..
Lepas zuhur buatlah puding roti Milo ikut resipi Azie Kitchen. Semua bahan dah ada syok jugalah nak buat. Laki ajak tapau makanan untuk berbuka. Kesian kat bini nak masak. Hehe bila weekend syok juga kalau tak masak. Kadang buntu.
Laki pun penat tak tidur, kita bagi dia chance la. Bolehla juga aku layan mata ni..tapi anak bujang memang berjaga..dia tahu nak keluar...semalam dah janji..tak kisah ke mana asal naik kereta. Semalam tunggu abah dia balik terawih dari masjid sampai tertidur. Kesian.
Jam 4 keluar terus ke Masjid Raja Haji Fi Sabilillah di Cyberjaya. Siap solat terus ke Restoran Saba. Tunggu laki tapau sampai terlena sekejap..mahu sejam juga. Bila dia balik katanya siapa datang jam 6 semua pesanan dah tak diterima. Lauk habis.
Aqlan pulak tidur masa tu sampai jam 8 malam. Jadi masa kami makan takdelah kelam kabut. Dia bangun bagi dia makan. Boleh tahan makan banyak nak separuh bekas nasi. Aku pun dah start mengantuk sangat2.
Puding Roti Milo. Resipi di Azie Kitchen. Mudah dan sedap. Laki pun kata menarik. Rasa makan dengan susu cair atau aiskrim pun sedap. |
cantik kejadiannya puding ko ni
BalasPadamalhamdulillah menjadiii
Padam