Thursday, June 1, 2017

Kisah Ramadhan 1438H #6

Laki dah pesan semalam iron kemeja dia nak pergi meeting. Aku pulak pergi layan FX cerita American Horror Stories: Hotel. Siapa layan citer ni? Haha aku tengok sebab ada Lady Gaga. Sudahnya dah ngantuk jam 1 lebih baru nak tidur.

Jadi iron baju pagi2 la..aku memang seorang perempuan yang tak pandai iron baju sangat. Kerap baju tu masih nampak kedutan. Mungkin aku tak kuat menekan? Iron problem? Yang pasti memang kerap sangat aku iron tak lawa. Entahla...nasib baju laki kain senang nak iron. Itupun masih ada kedut..tahlaaaa..

Petang masakkan ikan patin goreng berlada dan sayur kacang buncis goreng kicap. Nak buat puding Milo macam resipi Azie Kitchen takde agar2 pulak. Yang lain ada. Esok esok jelah. Jadi benda manis cuma buah rambutan dalam tin.

Lepas terawih laki ajak keluar pergi cari makanan untuk sahur. Sebab makanan tadi semua habis. Tinggal serdak cili ikan dan nasi. Aku masak filet ayam untuk Aqlan. Dia makan satu setengah bahagian je.

Laki dah beli perangkap untuk cik ti. Katanya nak pakai pc guna wifi la tak perlu wayar2 dah. Ha la orang IT tahunje solutions. Alu mostly pakai hp je. Si Aqlan dengan Ipad berat nanang cover sebab asyik jatuh dan retak cermin. Amik ko lama dah dia bawak Ipad berat tu ke hulur ke hilir siap kadang2 dengan botol air dia. Tapi aku selalu beritahu dia kalau ke bawah no Ipad. Kadang2 dia pandai tumpang dalam bakul baju2 yang nak dibasuh.

Alhamdulillah untuk hari ini, hari2 sebelumnya dan selepasnya.

Tenangnya tengok pantai ni

Previous Post
Next Post

About Author

2 comments:

  1. anak kita hp tu dah jahanam, tapi still boleh on, selagi boleh pakai, pakai la sampi kojol..haha nak beli baru memng tak laaaa hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia suka main HP kami juga, sebab ada game berbeza2

      Delete

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.