Tuesday, June 6, 2017

Minggu Kedua Ramadhan 1438H #4

Cepatnya Ramadhan berlalu. Bulan ni lah yang paling best sebab kurang satu unsur jahat. Tapi kalau bulan ni ada juga buat dosa besar tu maknanya nafsu dah sebati dengan kejahatan. Jadi marilah bertaubat lebih2 lagi dalam bulan yang hebat ni.

Sahur makan ikan jaket. Gamaknya masa cubit2 buang kulit keras dia tu aku tetap tertelan..dah sangkut dalam anak tekak sampai ke sudah tulis entry ni. Tatau camne dah nak buang. Memang tak selesa.

Sambung menjahit baju Melayu Aqlan. Senang je rasa tak confident panggil dia untuk ukur balik. Hehe. Sibuk dia kita menggunting dia nak jugak. Jarum peniti pun dia nak lekatkan. Tapi sebab aku percayakan dia, maka dia guna dengan hemah..maksud aku peniti. Gunting kain memang aku tak bagi. Dia banyak soal. What this..what this..? Semua dia tanya. Selagi tak jawab selagi tu kena tanya. Kadang mati akal apa nak jawab. Haha. Jadi untunglah dua bahasa aku ajar sekali. Tak lama lagi bahasa ketiga. Sikit2 sudah. Yang penting dia faham. Apa diarahkan dia tahu dan ikut. Tanak dia melawan atau takut. Biar dia hormat dan taat.

Buka puasa pizza. Pizza delivery man pun sampai jam 7.30pm. Aku pun solat Maghrib dulu..senang. lepas makan semua, laki pergi Masjid Abdul Rahman Bin Auf. Jauh pun dia suka sebab imamnya cepat walaupun buat 20 rakaat. Masjid Ehsan kat BK5 ni imamnya start lewat, jadi bacaan pun lama..8 rakaat je..sama habis dengan laki yang dah tiba di rumah.

Lepas terawih nanti laki ajak pergi jalan2 tengok lampu. Tengok baju dan beli baju bila pulak ya..😀😀😀👡👜💄
Previous Post
Next Post

About Author

2 comments:

  1. budak2 ni lepas kita jawab, nti dia tanya 'sebab' pulak..takde idea nak balas pe, kdg2 jawab mengarut pun ada hahaa, pandai jahit baju aqlan sendiri, kita ni tempah je laaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok jahit baju anak..lagi teruja bila tengok ada kawan2 lain buat juga untuk anak2 diorang. so why not me? kan..

      Delete

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.