Jap jap..aku pun tak ingat sejak umur berapa aku start puasa 6. Yang pasti umur 8 tahun masih puasa sekerat hari..dah 9 tahun baru puasa penuh. Hehe. Masa kecik takde pulak janji2 manis penuh puasa dapat apa2.. puasa jelah..janji bila buka puasa dapat makan banyak2. Mungkin salah satu sebab dapat puasa penuh tu pun sebab dah duduk asrama. Ya..aku masuk asrama sejak umur 9 tahun. Ya ngerti? Jam 4 pagi dah kena bangun kot..kalau nak cerita kisah duduk asrama...sejak kecil memang masih segar..betapa sukar... menjadikan aku seorang yang tegar...
Berbalik nak buka puasa hari ni tahap nak masak berdiri kat dapur macam tak daya sangat2. Nak masak ayam masak rose dengan nasi tomato cam tak mampu....... exhausted gila hari ni. Padahal sahur makan sup tulang, nasi, buah mangga, minum Milo dan 500ml air kosong. Oh ya... semalaman tak dapat tidur kes Nescafe kaw kaw.. dan minum teh sparkling kat kedai..haaa tu lahhh.
Jadi cadangan nak masak telur goreng dengan ikan pekasam dari niat laki akan dipenuhi. Actually dia nak juga ayam goreng... maaf encik.. ayam keras membeku memang tak bawak keluar.
Setakat entri ditulis baju masih belum di pack. Nak balik Ipoh kan esok. Manalah beg lembik aku tu. Beg tarik ada barang tak boleh dikeluarkan. Balik 2 malam je patut sap sap soi je...
Lepas terawih kami ke McD la. Drive thru je. Nak kemas baju yang tak habis2..nasib dapat lipat kain dan gantung mana yang dah dibasuh beberapa hari lepas. Dah macam gunung aku tengok...
Chubby kan muka tuhhh.. |
0 ulasan:
Catat Ulasan
Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.
Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.
Komen spam akan dibuang serta-merta.