Nak buat puding kastard tapi takde agar2 dan tepung kastard dah expired 1 Jun 2017. Tak berani nak guna. Jadi tunggulah laki balik belikan...
Sebab kepala masih sakit berdenyut kat mata..ala migrain la tu..maka mohon laki beli makanan sendiri untuk berbuka sebab kita nak kena tidur je. Dah tak di mata sakit di kepala pulak.
Laki balik belikan barang2 nak buat puding dan kuih muih untuk berbuka. Sedap pulak makan. Lepas dah makan tu laki pergi terawih dan terus jumpa kawan2 lama. Diorang rindu dia lah tu. Hehe.
Aku pun baru elok lepas telan ponstan sebiji. Terpaksa..kalau tak memang tak boleh buat apa. Basuh pinggan..kemas2 apa patut. Kemudian.....
Duit syiling yang bersepah atas meja tu aku masuk bekas. Tabung takde atas meja makan. Kuasa nak bubuh syiling cari tabung tu, aku pun buat kerja...tebuk bekas bawang goreng dan jadikan tabung. Aktiviti untuk Aqlan. Dia pun datang tengok dan seronok. Aku pun ajarla dia letak syiling ikut jenis. Dia pun buat dan bila nampak syiling dia excited nak bubuh. Jadilah..budak mudah gembira. Kena selalu ajak diorang join..cuma masa nak buat lubang tu aku guna pisau yang amat tajam jadi bagitahu dia jangan pegang. Tapi sambil aku menebuk tu dia pun sibuk letak tangan comel dia dihujung tangan aku yang sedang memegang pisau. Eii budak ni...!!!
Yang 1 sen tu aku sengaja tak tebuk. Jaranglah nak jumpa dah kan. |
Nak kejar muka surat banyak lagi belum baca....
mesti tangan budak aqlan tu chomey je pegang pisau mak kann., ;p
BalasPadammak jugak yang seramm
Padam