In

Budak2 Comel

last saturday kak Pa di Kajang buat makan2. last minute jemput sebab last minute buat. Abang ipar nak pergi Mekah untuk musim Haji. diperlukan khidmat bagi pengurusan rel di sana. jadi itu je hari yang sesuai jadi kelam-kabut masakla..aku pun dah jenjalan mencari teh sedap kat 1 Utama. sebelum tu nasi ayam hailam damansara nak makan butter prawn. 

sampai rumah kakak aku lepas maghrib - saja singgah solat di masjid UKM, memori sangat..hehehehe. lepas tu nak makan perut masih penuh, rileks dulu. borak2 bagai, main2 dengan anak buah. dah tentu si Dina yang nakal asyik je duduk dengan aku. gurau kasar...sepak2 bagai...hadoi...pitam anak ni wei....kasar..hahahaha...

dengan Dina. aku siap dukung si budak kurus kering ni. tapi berat gak ah..dah 8 tahun..
dah dukung kakak kenalah dukung adik juga, Mariah aka Baby. ni dah 5 tahun, kurang berat sikit
si ayub je aku tak dukung. keje dia asyik bercakap je malam tu. hahaha. miss them. cepatnya membesar.

Read More

Share Tweet Pin It +1

1 Comments

In

Testimonial: Biore Powder Sheets

sample Biore Powder Sheets telah sampai ke tangan aku pada 30 Julai lepas. seperti yang dijangka, Biore Powder Sheets ni memang sesuai untuk aku yang mudah kepanasan bila berada diluar kawasan teduh.. macam diluar rumah, tempat parking kereta tak berbumbung, dan ketika berjalan2 shopping antara satu bazaar ke satu bazaar pada bulan puasa lalu.


ketika bercuti hari raya, aku dan keluarga menziarahi jiran tetangga bermula dari jam 11 pagi. cuaca panas menyebabkan kami beraya dengan payung untuk mengelak silau dan kepanasan yang aku rasa boleh cair mekap..(tapi mekap aku stay...hehehe).
tengah kejar Kak Ma nak tumpang payung dia, kat tangan dah standby Biore Powder Sheets

"Kak Ma, janganlah cepat sangat...nak tumpang payung!"

dia buat dekkkkkkkkkkkk je dekat aku....

"kau tengok, mak kau buat dekkkk je kat aku..."

akhirnya dapat tumpang payung!

selang antara satu rumah jiran ni bukan jauh sangat pun. bila dapat duduk tepi kipas je aku pun bahagia menyejukkan badan, tapi bila keluar balik untuk ke rumah jiran lain, rasa peluh merembes hingga mengalir ke kaki! masa inilah  Biore Powder Sheets membantu! selalu bila aku dah letak kat leher aku terus biarkan je sehingga wet tissue tu jadi dry tissue pulak..hehehe

penyelamat sementara. sentiasa di dalam beg tangan..tengok mata aku pun dah nak katup sebab tak tahan silau dan panas mentari terik

betapa panasnya 1st hari raya puasa 19 Ogos lepas. lepas dah lap leher, lap tangan pulak. guna sampai tisu tu kering, best betul rasa sejuk2
jangan lupa beli untuk mencubanya ya. aku dapat free samples, dah habis baru aku beli..hehehehe

Read More

Share Tweet Pin It +1

2 Comments

In

Royel Closing Sale Up To 80%!

Royel di Ampang Point akan ditutup. Department Stores actually dah tak dibuka kepada public, jadi jualan dilakukan di Ground Floor di belakang Focus Point Promotion di tengah2 complex. 

jualan aku confuse tamat pada 26 atau 29 August ni. jadi untuk mengelakkan sesalan, aku pun shopping la jugak. hehehe.

barang jualan ialah langsir, cadar, bantal, comforter dsb. aku rembat bantal je. sebab tengah murah, baik GRAB! (get ridiculous at bulls-eyes). haha

bantal ni harga dibeli RM79. 2 biji kenalah RM158. jimat..jimat...harga sebenar sebiji RM168

membeli bantal dengan harapan tidur nyenyak dn tak sakit lahir esoknya

bentuk berbeza, kesannya mungkin sama. patut try tak terus malam ni..baru je beli tadi.

Read More

Share Tweet Pin It +1

4 Comments

In

Sandwich Ala Hotel Katanya

selain sarapan pagi nasi dagang, kuah ikan tongkol dan ayam kapitan dimakan bersama nasi, kami juga ada makan sandwich buatan kakak ipar aku kak hasni dan abang bad. katanya style hotel. meh aku nak tengok.

roti dibuang kulit

sardin dalam tin dicampur dengan bawang yang duhiris halus2. kena masak dulu bukan mentah2

tepung gandum yang dicampur dengan sedikit air untuk dibuat gam




gam tepung disapu pada permukaan roti



opps sebelum tu roti kena lenyek kasi leper dulu baru disapu gam tepung dan dibubuh inti sardin. gulung lepas tu buat macam abang aku ni la...

ini untuk elak sardin dari terkeluar


goreng dan makan panas2. aku makan 2 jek..tak cukup walaupun 2 bungkus roti besar digunakan. gambar dah siap goreng takdela...dah kena ngapppp!!

Read More

Share Tweet Pin It +1

6 Comments

In

Ayam Kapitan - Resipi Chef Wan

first time aku masak ayam kapitan ni. masak malam raya ke-2 sebab kerutup daging aku dah habis. meskipun esoknya kak ma nak masak nasi dagang tapi aku rasa macam tak cukup je nanti. lepas kehadiran kak ted & family dah bertambah lagi 5 orang. ahli sudah 26 orang. yang makan tak tidur tu dah bedal kerutup dan rendang ayam. 

bahan2 mudah je nak dapat sebab tu aku sanggup nak masak.

bahan tumis - 2 biji bawang besar, 15 biji bawang merah, cili kering 20 tangkai, buah keras 6 biji, 1 cm lengkuas, 1cm halia, 1 cm kunyit hidup, 3 helai daun limau purut & 3 batang serai. masak sampai naik bau..memang sedap weiii

ayam 1 ekor dipotong 12, tapi sebab aku ni dah ada yang tolong potongkan, tak tahu berapa belas daaa..lepas masukkan ayam tu tutup dengan penutup periuk selama 15 minit - macam marinate.

masukkan santan 500ml / sebiji kelapa di perah dengan menggunakn 2 cawan air, kacau hingga renih, masukkan air asam jawa 1/2 cawan dari 1 sudu besar asam jawa. pastu tambah garam dan masak hingga ayam empuk

kemudian aku pun ratah nak rasa ayam dah masak belum....percubaan pertama kata kakak2 kurang garam..aku ok jek...huhu
alhamdulillah habis. itu yang penting bagi aku. tak membazir.

Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In

Malam Raya Ke-2

Petang raya keluarga abang Bad pun sampai dengan isteri dan 4 orang anak. maka rumah pun bertambah sedikit sesak. bilik2 pun dipenuhkan. mari kira berapa orang duduk datang tidur;
  1. mak
  2. aku
  3. abang lut
  4. yome dan 4 orang keluarga
  5. kak ma dan 6 orang keluarga
  6. abang bad dan 5 keluarga

itu sudah 21 orang!

kemudian tiba anak buah aku Saadiah dan suaminya Salman dengan 3 orang anak. muncul pula abang choi dan 6 ahli keluarga-lagi 5 orang tinggal, tak muat kereta. tapi diorang2 ni datang makan2 je, lepas tu balik. anak buah aku terus ke Kota Bharu rumah mertua, abang choi aku lak balik rumah dalam 60km je.

pilih2 selipar..kalut nak pergi ke tangga yang jadi trademark gambar raya bila 1-1 ahli keluarga nak balik

kek lapis Sarawak dibawa khas oleh Abdul Aziz yang menjadi imam terawih Masjid Lutong, Miri

Keluarga Abang Choi - Yusuf, Zakariyya, Fatimah, Ruqayyah, Kak Long Suhana & Iqlima. lagi 5 orang tak dapat datang, kereta tak muat. anak abang sulung aku ni 10 orang.

Keluarga Saadiah - Salman, Mabrurah, At'har & Shafiqah. inilah my grandchildrens. aduss dah jadi granny laa...

Read More

Share Tweet Pin It +1

2 Comments

In

Ziarah Raya Aidilifitri 2012

selepas bersalam duit raya, kami keluar ziarah jiran tetangga. hari sungguhla panas....siap berpayung bagai. aku takdelah nak guna sebab aku ada masalah sikit tang payung ni. suka naa tertinggal di mana2 nanti..huhu


Rumah pertama - Pakcik Tiron. lanjut dah usia pakcik ni




zam dan anaknya handsome rambut curly2..me likeyyyy


rumah ke-2 - pakcik Raja, depan rumah mak aku je pun..pakcik tu kat belakang tu ha...sihat lagi pakcik ni


rumah ke-2 kita duduk kat sofa. yay!
rumah ke-3 rumah pakcik Jais. mak aku cakap kawan sepusat sepusing arwah bapak aku ni. sama2 navy. bff la katakan..
kat bawah ni turutan gambar2 cute Hanan & Mama dia. comel budak Nanan ni tapi kalau menangis..cengeng..pitam aku dengar...



yome dan bff zaman sekolah, Joy. pensyarah bujang di Universiti Malaysia Perlis.

haha...miss eri-chan membesar sebagai johan. hahahaha..dilarang komen kutuk aku..

cik Ann - dia ni keturunan baba & nyonya Melaka. bff mak aku. kalau ke Melaka, kami singgah ke rumahnya di sana

rumah cik ann tak dapat raya, ambil gambar depan kaktus dia sudah....hehehe

pulanglah ke rumah setelah ziarah 5 rumah. ada satu tahap tak larat nak bergambar dah dirumah jiran2 ni..perut pun dah full

Read More

Share Tweet Pin It +1

2 Comments

In

Pagi Raya 2012

malam raya aku dah masak kerutup daging. esok pagi2 sebelum solat raya, kami makan dulu. sunat. kalau raya haji kena puasa pagi, lepas solat raya baru boleh makan tau..

kali ni baru dapat tayang kain batik bermanik yang beli di KWC. last time tengok di zalora.com.my RM89 diorang jual...huhu..di KWC masih RM48 lepas diskaun dapat RM35 hari tu

mak memang susah nak senyum. yang aku tahu dia akan senyum bila diusik anak-menantu-cucu dia

adik ku Me dan Kema. 3 orang sudah.. Aina, Hanan & Habib

Keluarga Kak Ma. suami takde tahun ni beraya di India - berdakwah. Belakang - Imran, Abdullah & Abdul Aziz. Depan - Fatimah, Kak Ma, Sofiyyah & Illyas

Keluarga Kak Ted - Suria, Ema, Kak Ted, Abang Nan & Awie
yang lan datang dah petang. masa kak Ted datang ni pun kitorang dah keluar beraya..pandai2la dia cari makanan kat dapur sendiri. bertolak dari Penang jam 3:30 pagi katanya, solat raya di Masjid Negara.

Read More

Share Tweet Pin It +1

1 Comments

In

Malam Raya Aidilfitri 2012

rabu 15 Ogos aku sudah balik kampung. yang menumpang balik cuma seorang anak buah, Yan. jalan lengang tak jugak, penat mengekor lori je dari Bentong sampai ke nak Koyan. nak potong punyalah banyak kereta dari arah bertentangan.

sampai rumah, letak beg, terus tolong adik aku membuang sampah2. kemudian aku mengantuk terus tidur..hahahaha..

pada malam raya, aku dah membuang dan mengasingkan pakaian dan beg mak untuk diberikan pada orang2 susah. mak aku ni banyak sangat beli barang2. kadang dia terlupa, dah ada barang tu, dia beli lagi. tak jumpa, beli lagi. so untuk mengelakkan kena hisab di akhirat, baik sedekah je yang tak mahu pakai tapi masih dalam keadaan elokla.. yang tak elok..kita bako..kita bako.....

bapaknya asyik main game Travian

anaknya keje makan ajolah - Habib & Hanan

popiah buatan Kema - my SIL, ikan masak kicap & rendang ayam buatan Kak Ma



Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

Comments

Nuffnang

Weekly Popular

Adnow

loading...