Isnin, 31 Ogos 2015

NY Steak Shack at IOI Mall, Sepang

Yer IOI Mall yang baru tu bawah daerah Sepang ye bukan Putrajaya. JANGAN MEMANDAI sebab Putrajaya tu Wilayah Persekutuan tapi Sepang ialah Selangor. Kalau tengok dekat lesen perniagaan kedai2 dalam mall tu semua alamatnya Sepang.

So setelah dok memikir nak lunch kat mana dengan bunyi keroncong perut kami ke IOI Mall. Nak makan Korean Food last2 masuk western. Ni pasal anak suka western. Hoiii tekak sangat.

Aku nak cuba bila nampak belon. Anak aku suka belon wehh. Kalau orang lain pegang belon dia sibuk nak. Aku memang tarik dia laju2 la. Belon pulak letak tengah2 kedai. Kau tak boleh minta sukahati macam Chilli's. Kalau bagi free korang pun dapat pengiklanan percuma tau sebab belon tu akan diletakkan pada stroller anak aku. Dah jom pesan makanan.

Buka2 je menu kena ambil dengan Aqlan. Dia nak belek juga. Colorful. Pastu dia koyakkan muka menu yang saiz kecik dari muka surat lain. Ni lagi satu hal buat perangai sebab lapar. Makan cookies tak cukup. Minum air sengaja keluarkan balik kasi baju basah. Geram tapi sabar jeeee.
Air sampai paling awal


Sampailah cendawan shitake. Itu pun dia makan.
Just nice for entrĂ©e 

Sampai ayam apa tah papa dia pesan. Kemudian sampai burger patty mummy dia. Last sekali sampaila ayam rosemary aku. Sedap tapi ayam overcook. Makan je sampai habis. Aqlan punya fish fingers tapi dia dok makan ayam aku. Sedap la tu.

Sedap ni..diorang kata vanilla ni dah lama tak rasa..sekarang aiskrim vanilla banyak dah tak rasa vanilla.

Expect pedas tapi takkkkk.

My lunch. Bila dicicah semua tu memang sedap. Lemon takyah perah pun takpe. Bawang putih win. Tapi perapan ayam tu sampai ke dalam isinya jadi sedap sangat.



Bagusnya ada menu untuk kanak2. Tak semua restoran sediakan potion untuk kanak2. Jadi bila ambil potion orang dewasa rugilah. Kecuali kalau kita lapar sekali bolehla makan lagi. Hahahaha.. kami selalu je share. Elakkan pembaziran.

Overall..aiskrim vanilla sedap. Steak patty sedap. Tapi definitely i will order again chicken rosemary. Yummy.

1 ulasan:

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.