Isnin, 27 Ogos 2012

Testimonial: Biore Powder Sheets

sample Biore Powder Sheets telah sampai ke tangan aku pada 30 Julai lepas. seperti yang dijangka, Biore Powder Sheets ni memang sesuai untuk aku yang mudah kepanasan bila berada diluar kawasan teduh.. macam diluar rumah, tempat parking kereta tak berbumbung, dan ketika berjalan2 shopping antara satu bazaar ke satu bazaar pada bulan puasa lalu.


ketika bercuti hari raya, aku dan keluarga menziarahi jiran tetangga bermula dari jam 11 pagi. cuaca panas menyebabkan kami beraya dengan payung untuk mengelak silau dan kepanasan yang aku rasa boleh cair mekap..(tapi mekap aku stay...hehehe).
tengah kejar Kak Ma nak tumpang payung dia, kat tangan dah standby Biore Powder Sheets

"Kak Ma, janganlah cepat sangat...nak tumpang payung!"

dia buat dekkkkkkkkkkkk je dekat aku....

"kau tengok, mak kau buat dekkkk je kat aku..."

akhirnya dapat tumpang payung!

selang antara satu rumah jiran ni bukan jauh sangat pun. bila dapat duduk tepi kipas je aku pun bahagia menyejukkan badan, tapi bila keluar balik untuk ke rumah jiran lain, rasa peluh merembes hingga mengalir ke kaki! masa inilah  Biore Powder Sheets membantu! selalu bila aku dah letak kat leher aku terus biarkan je sehingga wet tissue tu jadi dry tissue pulak..hehehe

penyelamat sementara. sentiasa di dalam beg tangan..tengok mata aku pun dah nak katup sebab tak tahan silau dan panas mentari terik

betapa panasnya 1st hari raya puasa 19 Ogos lepas. lepas dah lap leher, lap tangan pulak. guna sampai tisu tu kering, best betul rasa sejuk2
jangan lupa beli untuk mencubanya ya. aku dapat free samples, dah habis baru aku beli..hehehehe

2 ulasan:

  1. kelassss promo..apasal aku tak dapat fre ni ..rugi la tak reply email biore..hiashh nyosal

    BalasPadam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.