Selasa, 11 Februari 2014

Kisah Hypertension, Mimpi, Dan Panas

Bacaan sampai 170 masa mula2 dikesan di Klinik Mediveron. Surat rujukan dikeluarkan untuk Hospital Ampang.

Masa tu pula aku baru lepas lunch makan daging salai dan udang masak cili di Restoran Rose 911. Ermmm memang bagusla itulah last makan daging woi..

Tapi aku tak ke Hospital Ampang. Sebaliknya aku ke Hospital Az-Zahrah di Bandar Baru Bangi sebab lebih mudah. Gynea aku kat sana.

Bila dah di sana MO ambil tekanan darah masih tinggi.  Urine test menunjukkan kehadiran adanya darah tinggi. So kena masuk wad. Diorang juga bagi makan sebiji pil darah tinggi sementara menunggu nak masuk wad.

Deposit nak masuk RM1000. Uish agak besar. Zcat dah tanya pula bagaimana kalau nak ke hospital kerajaan.  Maka MO buat beberapa panggilan.  Tapi tak berjaya diterima kes sebab bayi dah lebih 2.5kg jadi tak kritikal.

Akhirnya masuk jugalah wad dan bayar deposit RM1500.00 Zcat dah pening if kena wad 2 hari. Erk erk...

So sepanjang duduk wad, tekanan darah diambil. Urine, darah, dan suntikan untuk mematangkan paru2 baby dilakukan.  Doc Noraini hanya datang esok paginya jam 730am. Jam 10am baru result keluar.

Aku dengar jelah akibat dari hypertension ni. Ibu boleh kena sawan, baby boleh lemas dan mati dalam perut.  Jadi doc cadangkan aku lahirkan anak minggu ke-38. Kalau tak aku akan kena induce. Aishhh.

Maka hari2 la berdoa semoga baby kami selamat dilahirkan.  Secara normal dan kalau boleh tak perlulah forceps ke induce ke or kena potong ke. Jadi sila belajar cara2 nak melahirkan anak. Which hakikatnya sampai sekarang aku belum layan video untuk lahirkan anak. Kelas tak pergi kan. Pemeriksaan je buat.

Maka mc 1 minggu diberi dan doc mahu aku rehat je. Adus. Aku ni pulak banyak fikir pasal kerja. Biasalah kawan2 ofis tanya dah bersalin ke. Yelah dah admit kan. Nasibla eaoknya dah boleh keluar. Tinggal jaga makan dan rehat secukupnya.

Ahad aku balik Ampang dan bagi pada Ping surat dari doc. Kang ofis ingat aku saja nak mc. Hakikatnya memang tak sihat weii..

Panggilan dan mesej dari rakan ofis fasal kerja aku jawab sikit2 je. Dengan cuaca panas aku nak berfikir banyak pun dah pening. Nak suruh lagi ingat pasal kerja..adehh.

Tidur pun terganggu dengan mimpi yang tak berkesudahan.  Sehingga letih rasanya sebab otak aku just like non stop berfikir. Mimpi pula pasal ahli keluarga kerja dan rakan sekerja.  Aku berharap untuk tidak bermimpi sebab penatnya setelah bangun.

Musim panas yang semacam tahun ni menambah ketidakselesaan mengandung.  Panas jadi double la. Kipas siling dan berdiri dibuka. Still berpeluh2.

Air sejuk minum berbotol2. Diselang seli dengan air jus.. wah datang gila aku nak makan aiskrim dan minum air gas je...

4 ulasan:

  1. JANGAN! kang tak pasal-pasal kena kencing manis pulak sayang oii!

    BalasPadam
  2. Teruk gak darah tinggi ko beb. Aku detect masa 36weeks. Tapi x de la plak kena inject paru-paru. Tpi by 38weeks aku kena masuk wad. Kena induce.

    BalasPadam
  3. takpe pun kalau induce beb..yang penting selamat both mummy n baby...amin

    BalasPadam
  4. Beb. Lupa nk pesan. Start dr 7 bln smpi beranak mnum air kelapa x de ais. T kulit baby bersih jer

    BalasPadam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.