Hahaha. Lepas check up datang rumah kak pa. Belikan aiskrim nak bagi anak2 buah makan. Nak jumpa kakak seorang yang turun dari KT tapi dia pergi merayap pula.
Eh banyak pula budak kecil kat rumah. Ada tambahan. Last Wednesday datang takde pun...
Dengan anak kak pa sendiri ada la Ayub dan Yuhana. Anak kak ma pula ada Fatimah, Abdullah & Sofiyah. Lepas tu baby kecil dan kakak dia yang tak mahu ke sekolah.
Warghhh.... kesian kak pa. Tapi kak pa ni memang relax dan cool je. Tetap dijaga macam biasa. Yelah sendiri anak ada 9 orang. Nasibla budak2 ni tak buat perangai sangat.
Aku lak sampai2 terus bedal aiskrim. Haha. Pastu baru tengok budak2 ni.
Wargh kempunan juga nak ambil Yuhana jadi baby sitter sementara dia dipanggil kerja. Anak buah seorang ni jadi kebanggaan kami semua. Bakal bertugas menjadi doktor gigi. Memang ya ampun lamanya dia belajar. Umur nak masuk 26 tahun dah.
Lepas dah borak sikit kami pun balik. Sempatla ambil gambar kanak2 riang kat rumah tu. Aku pun happy je lepas tengok budak2 ni. Lain sungguh perasaan lepas dah mengandung 9 bulan ni.
0 ulasan:
Catat Ulasan
Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.
Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.
Komen spam akan dibuang serta-merta.