Jumaat, 27 November 2015

15 Safar 1437H - Ke Ikea Lagi

Tak pernah jemu. Lagi2 selagi tidak dipenuhi wish list. Haha.

Ok kali ni pergi tak rancang. Elokla kita masak2 dan2 Adzman cakap malam ni pergi Ikea nak? I kena beli barang untuk mama sebab esok dah nak hantar barang2 ke Ipoh.

Okay diawalkan sehari pulak dah. Takpe..Vertigo dah hilang. Dan dan tu jugakla bersiap lepas maghrib terus pergi Ikea.

Kami tetap suka Ikea Damansara. Buat masa ni.


Biasalah nak beli rak besi je untuk mama. Dah macam2 sangkut.

Gambar barang2 Ikea dari website Katalog Ikea Malaysia.
RM59 

Mula2 dah angkut balang kaca. Eh tengah murah..semalam dah tengok kat website kan. Aku nak letak tepung. Ada macam2 tepung. Buat cucur bawang je pandai. Hahaha. Buah melaka bila nak buat tah.

1.1 liter RM7.90 saiz tepung pulut..tepung beras..tepung ubi

2.2 liter RM16.90 saiz tepung gandum muatla kot.

Kemudian sampai kat toys..hurm ambil satu set kereta mainan kayu. Bagi pulak budak Aqlan tu turun dan pegang. Terus. Heyyy suka sangat kereta tanak lepaskan langsung. Pegang ketat2. Ambil pun marah.

RM29.90 tu untuk 3 ni ya. Aku suka bulldozer. 

Nampak pulak meja dan 2 buah kerusi kayu RM99. Erm rembat jugak. Memang aku nak belikan kerusi meja untuk Aqlan biar dia asyik mereka model kereta dan bangunan. Main masak2 pun boleh. Erm main doktor2 dia tak suka.
RM99. Pakai satu kerusi dulu la. Satu lagi buat spare. Kami tak muat nak duduk

Kemudian barulah nak ambil rak besi mama. Oklah mama cakap nak gantung jubah Uncle.

Line pendek je. Orang tak ramai. Semua pergi Cheras kot. Bagus.

Orait sebelum balik bungkus barang kaca. Makan aiskrim dan beli biskut jem. Air gas apatah namanya yang keluar ketika Krismas sahaja pun dibeli. Aku tak suka sangat rasanya.


Masa ni dah jam 10 lebih. Tapi masa sampai tadi pun senang tak berasak nak cari parking. Leganya hoiii.

Balik rumah panaskan balik lauk ayam yang dimasak jam 6 petang tadi. Tiba2 api padam. Gas habis pulak. Mujur la ada tong gas berisi dari rumah Ampang nun.

Sambung masak dan makan dengan terung goreng. Yums.

2 ulasan:

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.