Selepas sidai baju dan layan rancangan kegemaran aku...chanel HGTV iaitu House Hunters barulah aku nak masak sup ayam.
Yerr sup ayam every first of week. Tambah seronok sebab ada macam2 barang boleh dimasak minggu ni sebab semalam dah ke pasar segar Segi.
Sementara tunggu sup ayam..
Kami makan cookies. Ni husband belikan semalam di Cosway The Mines sebab kat Cosway Giant Bandar Kinrara dah habis. Btw semalam pun last promo. Kalau beli 2 tin RM17. Setin aku rasa dalam RM9.50.
Aku memang suka butter cookies. Kalau yang original aku suka Kjeldsens. Sedap giler wahh.. |
Masa awal bulan hari tu aku dah beli 2 tin. Sedap la pulak. Mak mertua pun suka. Aku bagilah dia setin. So aku akan beli lain la nanti. Sekali dah habis. Takpelah at least dah merasa kan.
Mak mertua aku ni selalu bawak makanan dari Ipoh kalau dia datang ke rumah kami. So biasalah kan mak mak ni suka bagi anak2 makanan yang dia masak. Bagus pun. Ada la lauk2 yang husband suruh aku belajar masak. Hahahaha. Aku gelak ni bukan apa. Aku memang slow sikit nak belajar masak. Tapi sebenarnya bila fikir balik masak ni senang tinggal lagi rajin ke malas.
Aku pulak selalu je buka resipi kat online web. Especially kongsiresipi.com ahh banyak betul orang share resipi. Leleh air liur den.
Kalau korang nak tahu dah 3 tahun kawin ni baru satu resipi yang aku masak sebenarnya untuk Aqlan digemari husband. Dia sangat suka makanan tu. Aku tak dan nak share. Selalu habis je. Kalau dah siap masak makan terus.
Aku ni masak ikut kepala angin aku je. Tapi aku lebih suka masak bila aku betul2 rileks dan nak masak la. Takde paksaan. Sebab kalau dipaksa makanan aku selalu kurang sedap. Ya dah banyak kali macam tu.
Tamu yang nak datang rumah, jangan paksa aku masak ok.
0 ulasan:
Catat Ulasan
Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.
Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.
Komen spam akan dibuang serta-merta.