Round banyak tempat hari ni. 2 beradik tu amik cuti memandangkan Mama nak balik Ipoh esok. So kami jalan2 la..
Dari Bandar Baru Bangi kami singgah makan dulu di Mee Tarik Warisan. Banyak pulak mee nya. Aqlan kita orderkan nasi goreng cina dia nak makan mee kita. Nasib tak pedas.
Lepas tu jalan2 tengok kedai baju Mono.KL dan dah Luella.KL tatau apa citer tiba2 dah tukar nama. Nothing interesting here. For now. Masuk juga beberapa kedai lain. Pegang jenis kain baju..rasa pelik kenapa buat baju kain jenis panas2. Ni dah Confirm baju untuk dalam aircond 24 jam. Aku takle lah fikir...mahu berlengas pakai baju2 kain camtu. Jenis apa? Entah tak reti nak habaq.
Kemudian ke Masjid Besi, Putrajaya untuk solat zuhur. Kat sini ada bahagian Quran dan surah2 pilihan untuk diwakafkan. So kalau nak ada amal jariah berpanjangan, Insyaallah wakafla mana mampu. Surah2 pilihan tu ialah surah2 harian yang elok diamalkan bacaan. RM10. Dan Quran RM20. Rupanya boleh derma dan bawa balik. Jadi aku beli surah2 pilihan. Mudah sikit nak baca sebab nipis. Siap ada tanda2 bacaan waqaf, dengung semua tu. Kan mudah. Walau dah belajar ngaji tapi kadang2 lupa pronounce tajwid.
Kemudian ke Shah Alam sebab adik ipar nak beli Kek Jalan Tiung yang terletak dalam bangunan Naza TTDI. Kek salted caramel dah habis. Yelah dah nak jam 4 petang. Laku keras katanya. So dia tapau 2 kek. Pastu amik gambar feeling2. Haha.
Sampai rumah solat asar dan tidur. Aku sangat mengantuk dan penat....perut pun sakit. Tu ler makan pedas je kejenya.
Rabu, 6 September 2017
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan
Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.
Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.
Komen spam akan dibuang serta-merta.