Isnin, 25 September 2017

Nak Jugakkkkkkk

Hari Sabtu lepas makan2 di Dottys kami ke Naelofar Hijab. Kan dekat2 je. Orang tak ramai macam takjub jugak pastu baru ingat kan cuti panjang..ramai yang pergi jalan2. Kami dah pergi minggu lepas so selamat la.

So anak ni memang main lari2 jelah ye dah alang2 takde orang sangat. Tetap juga ibu dia ni nak kena high tone bila dia cuba masuk dalam kaunter bayaran 😬😠.

Maka dudukla sebelah laki dan cakap sekian2 pasal tudung pilihan. Maka bila laki angguk2 kita pun happy la. Apa lagi kan nak jugakkkk sehelai. Pilih warna tiada di rumah dan ingat nak guna untuk occasion tertentu. Dah balik dari media launch satu produk dan tengok mereka yang hadir berpakaian camno2 mulalah nak jugak bergaya sikit. Eh maaflah kita ni surirumah memang tak kuasa nak ada koleksi banyak pakaian2 cantik dan mahal2 ke..cukup rasa sesuai. Laki pun jenis suka tengok kita pakai lawa2 tapi ke tempat sesuai la.. tapi aku takat nak p McD memang sarung tudung bodo je. Hehe.





Tak tahu pun yang jenis ni dibalut elok dan diberi kotak lagi. Aku bukan ikut trend. Hehe.. yang aku tahu ada batu tu je. Terima kasih to my boo boo. Lots of love...ok mak nak feeling2 ni.

2 ulasan:

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.