Ahad, 17 September 2017

,

Lawat Kak Ma Sekeluarga Di Kerteh

Kak ma dan family tengah buat rumah di Kerteh. Elok je depan rumah boleh beli hasil lautan segar2 dari nelayan yang baru balik. So memang tempting datang sini sebab boleh makan segar2. Baru berapa jam je naik.

Bahagian rumah kak ma yang siap ialah dapur so sebab tu dia ajak datang sebab dia boleh masak2. Ada juga bilik dah siap. Rumah dia ada air telaga lama. Airnya jernih. Dulu2 aku pernah datang dan tidur. Masa tu rumah asal dari kayu. Dah reput sebab tu roboh dan buat rumah batu. Tapi suami kak ma ni oldies jadi dia suka simpan benda2 lama. Hehe. Contohnya telaga tu lah.

Sampai rumah kak ma dia dah siap masak. Kami pun tunggu kak ma goreng ikan kerisi. Kak ma masak asam pedas ikan pari, sup sayur dan telur dadar. Tu untuk budak kecik tulah. Ada juga sambal. Hehe.

Kan ikan2 semua segar..pulak2 kak ma memang masak sedap. Aku makan tak bertambah..tapi laki aku 3x tambah. Wah boleh tahan....ni aku nak kena menuntut masak asam pedas dengan kak ma la kot.

Dalam ruang makan tu walaupun besar tapi kami yang datang pun ramai2 iaitu termasuk ahli keluarga adik aku dan anak2 kak ma juga. So gilir2 guna meja makan. Kami makan dulu sebelum keluarga Yome sampai sebab dia masa tu di Mesra Mall buat spek. Spek hanyut dalam air laut. Nak drive balik ke Seremban dah susah..bini lak dah lama tak drive jauh2. Gitulah bini semua kan memang dimanjakan laki masing2. Bab2 drive tak bagi walaupun ngantuk kan..sanggup parking tepi R&R rehat dan tido.





Kak ma beli sambal ni je rupanya. Dikantoikan oleh laki sendiri. Hahaha. Apapun sambal ni sedap. Dijual di Az-Zain.



Berbalik pada makan2 yang macam2 tu mata mulalah ngantuk. Haha..tapi tahan sebab nak borak. Syok berkumpul adik beradik. Bising2 dan kecoh tu biasalah. Mak yang tak berapa sihat akibat batuk tu pun happy je..hihi.


Anak2 kak ma semua pelajar tahfiz. Kecuali Fatimah dia seorang yang istimewa. Suka sangat benda2 IT dan menulis dalam English. Fatimah takde dalam gambar. Yang baju pink tu anak sulung Yome. Gambar gelap malas aku nak edit. Haha.

Ni Imran. Masih bujang. Baru habis belajar tahfiz. Umur 27. Manja do'oh dengan aku.

Kat belakang tulah tempat beli hasil laut segar dan murah.


0 ulasan:

Catat Ulasan

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.