Ketupat Palas Goreng

Biasa makan ketupat palas yang direbus je kan? Aku makan ketupat palas goreng dah macam 30 tahun lepas lagi. Baru2 ni pergi Kemaman, breakfast kat simpang nampakla ketupat palas goreng ni. Aku pun bagitahu laki..dia pun membulatkan biji mata. Sebab sebelum tu dia cakap tanak makan apa2. Nak minum je. Sekali dia pun ambik ketupat tu. Nak rasa.. tak pernah rasa katanya.

Aku pun gelak2. Ehehehe..sebab aku dulu sekolah di Sg. Ular, aku pernah makan dirumah bapak angkat. Juga masa sekolah di Kuala Terengganu pun aku pernah melahap di rumah kawan sekelas bila hari raya haji. Kat sana kan raya haji meriah. Aku tak balik sebab satu jauh dan cuti sekolah sekejap sangat. Membazir je. Dulu2 bapak aku akan jemput dengan kereta dia atau dengan menaiki bas. Tak pernah dilepaskan aku naik bas sorang2. Cuma sekali tu pun pemandu bas dikenali kakak aku. Kalau tak memang tak lepas la..

Aku pun dah tak berapa ingat rasa ketupat palas goreng sebab dah berpuluh tahun tak makan. Tapi aku ingat kenangan2 tu. Jadi bila aku rasa sebiji aku macam okay je...tapi kalau ikut deria rasa dah tentu orang menjual tak sama dengan orang yang memang masak untuk menjamu tetamu.





Pakai bedak Ronasutra. Mengikut kulit aku yang sensitif ni lebih elok pakai mineral base product. Tak boleh ada pewangi. Pakai minyak wangi takpe..
Celak mata Silky Girls je tapi memang best gila pakai tahan lama mudah sapu mudah dibuang tak running bila berpeluh kelopak mata tu. Lip matte dari Lord Cosmetics. 

Post a Comment

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.

My Instagram

Designed By OddThemes | Distributed By Blogger Templates