Restoran Ridzuan Wong Abdullah, Kemaman

Malam kami tatau nak makan apa sekitar Kemaman. Mulanya kak ma dan anak2 nak tumpang tidur homestay kami tapi tak jadi pulak. Nak balik Kerteh. Jadi kami pun cari tempat makanlah nak borak2. Nak masak2 kat rumah tu semua bahan ada tapi untuk elakkan keletihan kami order je..

Banyak kedai2 yang kelihatan penuh. Sebelum tu dah stop satu kedai seafood tapi takde tempat sesuai nak makan. Ada pun kena bersila meja macam untuk 4 orang je. Kami ada 8 orang.

Yang pandang kamera ni lah next anak buah yang akan berkahwin. Langkah bendul abang sebelah dia tu. 



So kat restoran Ridzuan Wong ni kami dapat meja panjang. Nice.. ni restoran cina muslim. Order air dan makanan sekaligus tapi air je sampai dulu. Makanan lambat sampai tapi tak kisah sangat dapat borak2. Siap tanya2 anak buah yang dah pergi merisik bakal isteri...kan senang cerita takyah berahsia sangat. We are adults by the way. Bukan apa, bila bagitahu nak kahwin dengan orang Johor, ada adat tol dan baling gula2 tu. So kalau boleh elakkan adat tu. Satu menyusahkan. Satu macam menghina pulak bila nak kutip2 gula2 atas lantai. Aku pernah hadir kenduri camni, masa tu aku budak. Umur 8 tahun memang syokla kutip. Tapi dah besar2 baru tersedar kan..masa aku kutip tu atas tanah lagi. Jiran blok sebelah rumah kami yang buat. Siap ada kuda kepang dan silat seingat aku.



Tak semua gambar makanan diambil. Dah kebulor kan.

Total kami kena RM72. Makan untuk 8 orang. Aqlan pun makan saiz dewasa tau. Air  untuk 7 orang. Aku siap minum 3 layer tea lagi. Pastu sotong celup tepung 2 pinggan. Gembira je kata laki, sebab dia yang belanja.

Habis makan kami berpisah. Esok kami cadang nak pergi sarapan, main buggy,  lawat Tasik Biru, ke rumah Kak Ma dan pergi pantai.

2 comments :

  1. tentang yg anis kata adat baling gula2 tu tak manis langsung, saya kira itu biadap. dulu tak ada baling gula2 tu.

    mana2 restoren pun bila kita order makanan air yang sampai dulu.

    next time saya singgah restoren tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang ada. Suami saya marah betul. Tapi anak buah tu dia pun tahu sebab dulu2 ada hamba Allah buat camtu kat masjid dia ngajar. Depa ingat kita ni ayam ke?

      Delete

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.

My Instagram

Designed By OddThemes | Distributed By Blogger Templates