Sabtu, 2 September 2017

,

Kenduri Akikah Cucu Sulung Abang Sulung Dan Terjah Go'Bang Temerloh

Abang Choy baru dapat cucu pertama iaitu seorang perempuan awal tahun ni. Baru kali ni berkesempatan buat akikah.


Tempat buat akikah dirumahnya di Dong, Raub. Jadi kami ramai2 datang bertandang sebab inilah masanya nak jumpa adik beradik ramai2 sikit. Memang masa paling meriah masa kenduri Wahida la. Semua datang... saudara mara yang sampai dari Singapore pun muncul.

Cuma kali ni yang hadir family aku siap bawak mak mertua dan adik ipar, family Yome iaitu adik aku, family kak Pa dan mak pun tiba.

Elok kami sampai masjid Raub waktu zuhur baru masuk. Jadi bertemu juga dengan family kak pa di situ walaupun kami semua pergi asing2.

Sampai rumah abang choy terus makan..semua pun dia masak sendiri. Amboi bertambah2 kami. Ada nasi beriani Pakistan dan lauk pauk kampung macam petai ikan bilis...perghhh sedap sehingga satu gambar pun tak ambik...haha..

Masa makan aku digigit sesuatu. Tak tahu apa dia...diorang suruh aku berhenti makan dan cek pastu sambung makan balik. Memang tak sambung kalau benti makan. So aku makan sambil menggaru. Hudoh je... siap mak mertua datang tolong garukan..adoila....lepas siap makan baru cek jumpalah penyengat tu..yang jenis buat rumah dari tanah tepek2 kat dinding rumah..kat rumah aku dia suka buat kat ampaian. Aku pun tak tahu kenapalahhh dia pilih kat tali ampai..nak sidai baju pun payah.

Selesai semua kami bergambar di tangga. Itulah best ambik gambar kat tangga. Bila ramai2 bolehla duduk bertangga. Haha.




Keluar dari Dong kami berhenti kejap di kedai jual Kacang Sempalit. Siapa penggemar kacang tanah baik tapau. Susah nak dapat tau. Kat sini ada jual kacang kaler purple dan belang2 rimau. Boleh juga beli halia Bentong yang mahal tu...tapi kat sini sekilogram RM23. Kalau kat KL ko memang hazabanar nak bayar..halia ni lebih sedaplah. Dan tahan lama lagi. Lagi bagus ko buat kopi O dan masukkan sehiris halia. Confirm keje ko nak kentut jek. Hehe.




Otw balik jalan sangat jem semasa masuk highway ke Bentong. Dah waze suruh masuk Mempaga degil nak teruskan juga..last2 bila dah beratur panjang berjela dan katanya boleh stuck sampai berejam baik pusing balik. Ya ampun panjang gila q kereta nak masuk Bentong...

Di Mempaga kami teruskan perjalanan hingga ke Karak..bila waze mention jammed berpanjangan sampai KL dan banjir pulak di Jalan Kuching (padahal bukan laluan rumah kami pun)..tiba2 laki dan adik ipar buat plan pergi Temerloh. Hurm nak makan ikan patin Go'Bang la tu...


Kepanasan dahh

So maghrib di Masjid Baru Temerloh. Cantik, tapi sayang toilet 3 je..beratur la panjang2... ada pembinaan baru entah berapa lama nak siap tak cek pulak. Mula ingat nak mandi tapi jadi malas pulak bila panjang naa beratur. Mandikan Aqlan je.



So kali ni aku makan ikan patin tempoyak asam pedas bakar. Haaaa panjang kan nama dia. Sedap dan pedas gila ya. Pastu tapau ikan patin biasa 3 ketul dan tempoyak satu bekas. Daun2 pun tapau sekali. Kesian Aqlan takde lauk sesuai untuk dia. Ayam goreng pun habis. Last2 dia makan keropok. Nasi beriani Pakistan yang kami tapau untuk dia pun dia tanak makan... tulah anak ni makan memilih...pastu lapo..lapo...


Ni ikan patin biasa

Patin bakar asam pedas sambal tempoyak

Hari ni catat sejarah 12 jam keluar rumah...dah lama tak buat keje gila camni tapi semua happy.


4 ulasan:

  1. OMAIIIII Lauk kg!!!! ceces ailio!! tak makan ikan patin, tapi bila tgk pic ni..rs terus nak bersahabat plak dgn beliau...dappnyaa nampakk

    BalasPadam
    Balasan
    1. Percayalah..bila hang makan ikan patin ni hang akan jatuh cinta dan asyik nak repeat makan. Itulah yang terjadi pada bukan penggemar ikan...

      Padam
  2. sedapnya...dari siang ke malam makan je .....ikan patin bakar tu pestime tgk...biasa masak tempoyak je....

    BalasPadam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.