Saturday, October 31, 2015

Hantar Mereka Balik Naik ETS Ipoh-Butterworth

Masa dalam perjalanan balik ke Ipoh, Mama call tanya nak makan apa depa ni semua.

Laksa? Nasi Lemak? Murtabak? Semua mama belikan kat pasar malam sebab mama dah tak larat nak masak banyak2. Maklum yang datang ni ada 2 remaja yang kuat makan.

Jadi kami sambung borak sampai kak ma tertidur sebab dah keletihan. Kami masuk jalan lama sebelum masuk lebuhraya sebab jalan dah start jammed dan nak kejar masa.

Kami sampai rumah mama jam 7 malam. Sebelum sampai aku dan kak ted tunjukla satu kedai Mat Periuk ni dekat je boleh jalan kaki. Order..balik rumah jap..10 minit le 15 minit datang balik la amik bungkus. Hahaha.

Sampai rumah semua berebut nak guna bilik air. Si ema la paling tak tahan. Yang lain angkat barang2. Kak ma siap angkat semua barang dia. Hamboi.

Yang menunggu si suria dan awee melantak dulu. Kemudian mak dan ema. Kemudian abru kak ted dan kak ma. Makan2 nasi lemak takde sebab uncle terbawa ke masjid.

Sempat uncle balik tengok diorang bawak nasi lemak. Ada lagi makanan tambahan dari masjid. Ada majlis ilmu sambil makan2. Makanan lebih dibawa balik.




Kemudian kami pun nak naik van.

Kak ma pun kata " eh bukan ke nak jalan kaki je? . Kata ETS tu depan rumah je? "

Hape kak ma? Kedai Makan yang dekat bukan ETS.

Rupanya kak ma mamai masa dengar last perbualan kami pasal jalan kaki. Jadi itu sebab diangkut semua barang dia. Kami pun bantai gelak.

Sampai ke sudah kak ma dibahankan. Sampai ke stesen keretapi Ipoh yang jauhnya 15km dari rumah. Kami usik kak ma kalau kak ma jalan kaki esok baru sampaila. ETS pun dah takde yang jalan agaknya. Hahaha.

Tapi disebabkan jammed yang teruk malam tu kami sampai stesen jam 8.45 malam. Orang beratur panjang kami nampak. Kak ma siap mention kita turun kat sinilah jalan kaki - masa tu dah depan jalan besar ke stesen tapi tak boleh masuk sebab jalan double line dan jammed gile, kalau nak masuk terus juga sangat bahaya. Jadi Adzman pusing jauh ikut jalan belakang mama ajar. Hahaha..adoii macam2.




Sebenarnya awee duduk seorang. Tiket mak beli last sekali sebab tiba2 je mak cakap nak duduk penang masa kami ambil dia dari kota hari Khamis. Nasib ada lagi tiket kosong yang dibeli pada hari Jumaat. Semua beli online je sebab kaunter tutup untuk renovation. Rugilah sikit tak dapat 50% less untuk warga emas.

Lepas hantar depa semua kami pergi Mydin cari susu Aqlan sebab yang ada ni dah nak habis. Susu ke 25.

18 Muharam 1437H - Kenduri Bersambung Di Sri Manjung

Seminggu selepas meraikan hari pernikahan anak buah di Dong kami ke Sri Manjung pula.

Menjimatkan masa perjalanan kami ke Penang atas sebab urusan kerja suami, menghantar mak yang nak duduk di rumah kak Ted sampai gaji dan sekali lagi kami pinjam van kawan suami. Ah ye kereta MyVi tak muat nak sumbat ramai2 ya. The more the merrier. Kak Ma dari Terengganu pun sanggup turun sementelahan bapa mertua anak buah tu kenalan sekampung. Jadi kawan2 sekolah dia ramai yang datang juga. Jadi reunion la.



Pagi kami bertolak dari rumah kak ted jam 10.22 pagi. Sumbat dalam van tu...aku, adzman, aqlan, mak, kak ma, kak ted, suria, Awee dan ema. Nasibla badan masing2 tak semua kusss semangat.

Suami kak ted tak dapat ikut. Kerja shift camtulah. Kak ted tinggalkan kereta kat stesen keretapi Butterworth sebab balik nanti diorang semua nak naik ETS. Kami bertiga balik tidur dirumah mama kat Ipoh.

Perjalanan kami dipenuhi dengan suara kak ma dan kak ted. Diorang ni duduk dekat2 pun borak macam kat sebelah2 rumah. Gelak sakan aje.

Dah sampai elok jam 1pm camtu. Senang je..dulu aku pergi sini juga masa Masni kawin 2012. Parking pun dah jauh sikit. Jalan kaki la ramai2. Masuk duduk meja VIP. Maklumlah ahli keluarga nak meramaikan sebelah abang Choy.




Istimewanya hari tu ada lauk ikan patin. Import khas dari Temerloh. Banyak sangat makanan. Aku tengok mak makan bertambah 3x. Dah terkena patin ke apa mak aku ni. Hehe. Ada masak nangka..ayam masak merah..semua diorang rewang. Bagus betul.






Bapa mertua anak buah ni bekas navy jadi ramai jemputan.  Tak putus2. Ada makanan dah habis cepat. Aku sempat rasa apam balik dan karipap. Kuih muih lain..macam2 jenis air ada. Manisan. Meriah sangat la. Sebab anak sulung. Elokla dua dua anak sulung.

Abang sulung aku. Hari ni juga ialah ulang tahun kelahiran arwah bapak yang ke 81. Tongkat tu milik bapak aku dulu. Kini abang aku pulak yang pakai. Abang aku pun dah 55 tahun.

Kami dah habis makan layan aqlan kat rumah sebelah. Ada anjung. Siap tuan rumah ajak siap masuk. Bagusnya kejiranan kat sini.

Tak lama tu kami p rumah homestay abang choy tumpang solat zuhur jamak asar terus. Layan tv dan borak2.


Homestay ni ada 3 bilik. RM250 semalam.

Jam 3 lebih kami gerak balik ke Ipoh singgah ke AEON Sri Manjung jap. Dah sesat2 bagai masa cari jalan balik. Besar sangat. Jam 5 lebih terus balik sebab tren diorang jam 8.56pm.

Friday, October 30, 2015

17 Muharam 1437H -The Light Hotel, Penang - Thanks For Your Kindness

Tak tahu dah kali ke berapa aku ke Penang tahun ni. Selagi projek Husband tak habis selagi tulah dia kena p sana tengok perkembangan ke meeting ke. Yang pasti aku takyah apply cuti. Anytime je.

Kali ni husband cakap kita duduk The Light. Do you know The Light tu Pelita punya. Mesti ramai orang tak tahu kan...kata husband. Aku hurm...hurm..aje. tapi dalam hati cakap dasyat buka restoran mamak pastu run hotel pulak.


Kami check in malam. Agak lewat dari biasa. Sebab lepas habis kerja aku dijemput dari rumah kak Ted. Kemudian pergi makan kat Sunway Carnival Mall. Jadi bilik standard yang ditempah dah habis. Kami diberi upgrade ke bilik Deluxe. Hohohoho. Bayar RM270 je untuk Standard room..dapat bilik lebih baik.

Kemudian kami pun bergerakla ke lift naik tingkat 11. Bilik kami nombor 1117. Staff yang tolak barang2 kami tak ikut sekali dia akan naik lif lain. Which is good hospitality. Bila dah sampai bilik dan angkat barang2 semua husband bagi tip seperti dia biasa buat. Terpinga2 juga staff tu dapat tip. Oka aku bukan nak cerita laki aku baik sangat bagi tip tapi orang tu dah susah payah tolong angkat barang dari kenderaan apa salahnya bagi duit walau seringgit. Tapi takdelah bagi seringgit. Kot kemutnya..

Mari cek...








First time duduk bilik ada suhu yang boleh ditetapkan

Free






Siap ada meja pejabat 



Ni beg laundry

Selepas masuk dan duduk2 kami menikmati pemandangan Perai diwaktu malam. Memang terbaiklah.



Siap dah beli sebab tetap tak suka pakai hotel punya

Kami breakfast agak lama. Nak dekat 2 jam. Hahaha. Pulun minum air teh tarik 3 cawan sebab sedap sangat.


Warna teh ni diaebabkan pencahayaan. Warna asalnya memang kawwww

Lepas sarapan kami bawak Aqlan pi tingkat M ada kids room kat situ. Wah first time masuk kids room kat hotel. Tak pernah dengar pulak sebelum ni ada kemudahan macam ni kat hotel2 lain.








Then tinggal kami dua orang je sebab papa aqlan naik bilik dan nak buat kerja.

Apa yang ralat kami tak pergi pool pun. Tak dan. Jam 12 kami check out nak pergi rumah kak Ted tidur sana pulak. Dan husband teruskan dengan meeting kat ofis client pulak.

Good bye. Till we meet again.