Saturday, October 3, 2015

19 Zulhijjah 1436H - Terkedu Dengar 2 Berita Kematian Serentak

Pagi jam 10 camtu aku tengok whatsapp group Nadin. Ada satu kematian membabitkan staff bowling yang jatuh terus koma minggu sebelumnya. Aku tak kenal sangat sebab aku dulu tak jaga akaun bowling. Tapi itulah bila ada yang bagitahu baru je jumpa sebelum koma tu siap gelak2 sebab arwah Saiful orangnya peramah.

Berita kematian kedua yang paling buat aku terkejut sangat2. Ejen insuran aku!!!

Aku mesej dia baru2 ni lepas raya haji pasal nak top up kadar insuran aku. Dia senyap je. Jadi aku bagitahu husband aku maybe dia sibuk jaga client masuk hospital kot. Sebab dia selalu akan membalas juga mesej aku dalam hati yang sama walau dia sibuk.

Hari ni alu tengok mesej dari nombor handphone yang biasa digunakannya dibalas isterinya. Katanya arwah Shamsul dah meninggal 30 September lepas. Sakit barah hati. Aku terkedu...terlongo..macam sentap sangat2. Sebab arwah tak pernah buat muka simpati yang dia sakit sebenarnya. Last sekali kami berbual masa dibulan puasa. Aku ingat nak stop insuran sebab dah tak kerja. Lagipun dah 10 tahun aku menabung. Maybe boleh dapat duit balik. Yang arwah pulak kata tunggu..lepas raya saya call awak balik. Bila aku cakap aku dah tak kerja sebab tu nak stop diajaknya aku join agensi dia. Jadi ejen insurans. Memang aku tak mahulah. Sebab aku bukan pandai menjual.

Jadi sekarang hal2 insuran akan dikendalikan anak arwah pula.

Mana aku sangka..orang yang aku jumpa 10 tahun lepas akan meninggal sebab sakit macam ni sebab dia nampak sihat sangat.

Jadi...jangan berharap hidup tu lama jadi bertangguh taubat. Dan jangan sangka esok mati jadi semua hubungan dengan manusia ditamatkan. Peringatan untuk diri sendiri.

Habluminallah wa Habluminannas.
Previous Post
Next Post

About Author

4 comments:

  1. Innalillah Al Fatihah...anis yg ejen insurance ni bukan yg dulu awal2 ko cakp anak mustapha kamal tu ke

    ReplyDelete
  2. Allfatihah...kita ni ntah bila kan Anis...memang Wa pun selalu gak dengar berita kematian mengejut yang kita tak sagka pun..baru je jumpa semalam..hari ni dah pergi selama-lamanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yelah Wa..memang banyak berita mengejut especially pasal kematian mengejut. Lagilah orang tu kenal rapat.

      Delete

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.