Sunday, October 18, 2015

6 Muharam 1437H - Setelah 10 Tahun Tak Jumpa

Akhirnya pertemuan itu diizinkanNya. Tunggu punya tunggu 10 tahun baru dapat jumpa balik.


Pagi2 kami dah keluar. Tapi bukan jumpa kawan ni terus. Tapi pergi cari car seat. Sebab minggu depan nak balik kampung dah. Carrier dah tak sesuai..dan aku pun tak mampu nak dokong si Aqlan ni untuk 2 3 jam perjalanan.

Jumpa yang ok tapi disebabkan nak jumpa kawan ni jadi tak beli dulu sebab  karang dah pasang car seat penuh pulak kereta. Maklum kereta kecil je.

YA ALLAH BAGILAH KAMI HRV.

Dah pusing2 tu akhirnya kami pun pick up dia di Traders Hotel. Husband dia tak ikut sebab pergi ambil gambar. Tourist gitewww.

Oklah tak dapatla ajak mat saleh makan nasi nogori.

Kami pun ke Restoran Selero Negeri kat Gurney. Dah tutup pulak. Maklum dah jam 3 petang.

Sudahnya blank nak bagi makan apa ni..? Dan dan nampak kedai nasi Padang kat Jalan Yap Kwan Seng. Restoran Puti Bungsu Bambu. Haaa first time ko...parking baik punya..

Masuk2  je aku dan Gee pilih lauk dulu. Hurm aku apa lagi. Nampak ikan merah masak lemak nak. Nampak pucuk paku masak lemak nak. Nampak begedil nak. Nampak macam2. Nak macam2. Ok anak aku kita bagi sup dan ayam pop. Wahhhh...

Lepas tu giliran Adzman pulak pilih lauk. Aku pilih air Soda Gembira. Adzman dengan teh botolnya dan Gee minum limau panas. Fuhhhhhhh...Aqlan minum Ribena. Seperti biasa bawa bekal air dari rumah.

Makanlah kami sambil bercerita sakan. Gelak sana sini. Tengah2  makan datang pulak pelanggan meja sebelah dengan anak dia nak sapa Aqlan. Aqlan lak dah comot makan nasi sendiri katanya.

Dan sebab makanan sedap sangat sampai satu gambar pun tak ambil. Nampak tak kebulor dan  berseleranya nak makan dan borak.

Paling bagus siap tambah nasi lagi..nasi dalam bekas besar...buat tambah2.


Dah habis makan kami ke Pelita sebelah KLCC pulak. Gee tanak pergi kedai kopi hipster. Hahaha. Katanya Starbucks tak sedap sangatla...aku suka mamak. Lantak kau. Aku layan je. Last 10 years jumpa pun kat kedai Pelita ni jugak. Hahahahaha. Cuma dulu ada Boyfriend dia ikut sekali. Masa tu aku pun duduk Bangsar lagi dok menumpang rumah Kak Pa.


Habis minum kami pun hantar dia balik hotel sebab dia nak dating dengan Derek.

Kami pun ikut dia naik tingkat 30. Tengah2 nak sampai bilik nampak Derek ni nak ke conference room ada meeting. Okay Derek bekerja dan Gee memang lalalala je bercuti. Hahaha. Boleh camtu.

So kami pun berhai hai la. Tapi tak ambil gambar juga. Kawan aku Gee ni bukan hantu bergambar. Nampak tak.

Kemudian kami pun masuk bilik dia yang agak besar.  Aku siap tumpang bilik air yang juga besar.

Lepas tu biasalah nak bergambar dalam bilik tapi kami bertiga jelah. Gee memang suruh buat macam bilik sendiri je.

Pemandangan dari bilik dia memang cantikla. Lagi cantik kalau langit kita biru. Ni warna langit punyalah berjerebu. Kelabu bu bu jelah...








End of that kami pergi tingkat 9 nak solat asar. Surau sangat bersih. Hotel kot. Siap ada  losyen. Tapi aku tak pakaila.

Itu jelah masanya. Itu jelah ceritanya. Siap diajak datang ke Dublin. Wah dah ada rumah banglo kat sana..bolehla dapat penginapan free. Hehehehe.

Memang payah nak jumpa kawan ni. Terlalu banyak cerita kami berdua layari sepanjang berkenalan sejak tahun 1999.

By the way dia pun dah bahagia bekerja di Dublin. Bersuamikan seorang mat saleh Dublin. Hehe. Dulu bercinta bf semua kulit rentung je katanya. Sekali dijodohkan dengan kulit putih kemerahan gitew...

Ah kawan2 special aku. Berapa banyak rahsia yang aku perlu simpan dan jaga. Harap2 mereka pun jaga keaiban aku juga.


Previous Post
Next Post

About Author

0 comments:

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.