Untuk elak homestay ni kena tempah oleh orang lain aku bayar deposit RM100 dulu untuk 2 rumah. Homestay ni rumah kedai 2 tingkat. Lain2 pintu. Jadi tingkat atas aku sewa 2 malam. Tingkat bawah semalam je. Mengikut keperluan adik beradik yang minta aku tempahkan.
Kiri pintu rumah atas. Kanan pintu rumah bawah |
Pemilik homestay ni ialah Hajjah Rabiah. Aku deal dengan dia melalui whatsapp dan message je. Tak pernah bertemu muka even masa ambil kunci. Haa camna tu?
Disebabkan aku tinggal serumah dengan abang2 dan kakak2 lain jadi siapa yang sampai dulu la ambil kunci. Jadi yang sampai mula2 Kak Ted sekeluarga. Dan2 tu dia kena settlekan payment baki RM500. Rumah tu sewa semalam RM200. Masa tu aku masih dalam perjalanan. Terus kakak aku call....weii dia minta RM500. Duit kami terus tinggal RM10 nak makan apa...cepat maii..nanti bayar balik. Aku punyalah gelak sebab tak sangka jadi camtu. Makcik tu tak pulak mention kat aku kena settle payment masa amik kunci. Hahahaha..sian kakak aku sekeluarga. Nasib ada wang...habis terus pulak tu. Nak pi makan takdak duit dah tu yang aku tak tahan.
Sambil2 tu dok whatsapp lagi dan update gambar rumah. Oklah..apa nak bising sangat. So ni semua gambar rumah atas. Rumah bawah kecil sikit. Bilik lagi satu ada katil double decker yang bawahnya saiz queen. Tapi sebab anak dara dah melepak ibu diorang tak bolehla nak ambil gambar.
Sampai rumah tu lepas solat Jumaat sebab kaum lelaki berhenti solat Jumaat kat Masjid Abu Bakar di Raub. Dalam 15 minit la perjalanan ke situ. Siap terlepas jalan. Maklum bandar Dong ni kecil sangat.
Maka satu lagi kunci diserahkan pada abang shuib. Tak boleh bukak ko....hampir 10 minit kami semu cuba buka. Last2 Lilis isteri abang Shuib yang dapat buka. Siap call makcik tu camna nak buka..dah peluh2 buka try semua kunci..haaa lawakk..
Dah naik rumah rehat jap. Pastu baru abang bad sekeluarga sampai. Diorang dok pilih2 bilik. Sebab lupa nak bagi tahu abang shuib diorang ni kena share rumah. Dah macam organizer pulak aku ni. Padahal dalam whatsapp family dah plan habis.
Rumah bawah 3 bilik. Rumah atas 3 bilik dan 1 bilik tak bertutup. Tapi ada banyak je tilam dan toto kot2 ada yang nak menumpang.
Pintu bilik mandi rosak. Pintu tarik2 tu tapi penyendal dia dah patah. So nak elak kena terjah, siapa yang mandi kena pasang air kolah. Tapi nak mandi air panas air kolah kena tutup. Sudahnya kena ketuk tanya.
Dapur ada untuk memasak. Ada peralatan asas. Siap ada minyak, gula dan teh. Disediakan 3 botol besar air mineral. Tapi kami mana cukup, so Abang Nan selalu la dok pi beli air mineral. Air sinki agak keruh. Nak minum memang tak mampula.
Setiap bilik beraircond dan berkipas. Which is good la. Astro NJOI. Jadilah kan. Ada meja makan dan kerusi kayu untuk duduk tengok tv.
Satu lagi je yang aku tak tahan anak tangganya tinggi2. Kesian jugak tengok mak aku naik. Aku ni bila dukung anak turun naik tangga seram jugak. Tapi buat2 rilek je. Nasib kak Miah duduk rumah bawah dia tu sakit lutut.
Overall rumah ni bersih. Laki aku pun masa telefon makcik tu pasal kunci tak boleh buka pintu kayu rumah bawah, katanya suara makcik tu baik2 je. Orangnya tak marah2.
Dan nak pergi rumah abang aku yang dekat dengan dewan komuniti Kg. Kuala Gali tu 1km je. So siapa yang saudara kawin kat dewan tu nak duduk rumah homestay ni dekat sangat2.
Juga ada banyak kawasan berkelah macam Lata Jarum. Tapi kami tak pergi. Laki aku cakap tak boleh pergi lagi sebab Aqlan masih kecil. Hutan dan air sungai ni banyak sangat.....
Hari Ahad jam 10 pagi kami pun balik. Bye2 kat 3 ekor kucing kecil2. Kunci tinggal je atas meja. Manggakan je semua pintu. Itu pasal aku tak pernah jumpa makcik tu. Hehe.
0 ulasan:
Catat Ulasan
Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.
Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.
Komen spam akan dibuang serta-merta.