Sesudah meramas bahu memasing yang makin berisi aku pun masuk dalam nak makan. Lapar hoke. Encik Sebelah jaga anak dulu. Dia bab makan kenduri susah sikit nak enjoy sejak terkena sakit perut.
Aku pun tak tahu nak duduk mana..aku duduk semeja dengan keluarga Abang Ali. Sepupu sebelah bapak. Sekali dapat tahu dia tu pun ada kena mengena dengan keluarga pengantin lelaki. Saudara sepusat sepusing ya.
Dah habis turn aku pulak jaga aqlan. Pastu bila aku terkhayal je mulalah dia dah keluar dewan. Puas juga aku cari. Sekali atas pentas. Dan masa tu adik beradik dah susun diri sendiri nak bergambar. Dah macam ambil gambar sekolah pun ada. Hahaha.
Sepupu sebaya masing2 umur 23 tahun |
Mula2 tak sedar..dah sedar buat aksi lebih pulak laki bini ni. Yang anak dia dah tah ke mana2 main kat padang dewan. 😄😄😄 |
Kami hanya balik lepas biyah dan Maryam sampai dengan kawan mereka dari Kuantan. Masa tu dah jam 3 lebih.
Kak dewi sekeluarga naik van sewa RM300. Ada 9 dewasa dan 8 kanak2.
Abang Shuib sekeluarga terpaksa naik kereta dengan Abang Lut. Sebab semalam depa tumpang kami. Tapi kami tak mahu balik lagi. Kami nak balik esok. Sudahnya depa kena balik sebab esok nak balik Singapore jam 10pagi. Anaknya ada exam Isnin. Jadi mak kami akan hantar balik Kota.
Maghrib tu Abang Choy call tanya nak nasi tak. Mestilah nak kan. Dasar lapar. Esok je kami hantar balik periuk belanga dia. Lepas makan semua nak tidur je. Dah mengantuk. Sunyi pulak dah takde adik beradik yang dah balik awal. Tinggal la aku dan kak ted je.
amboi...aksi romantik tu...hehehe...lama dah tak makan nasi minyak..
BalasPadamHaha sekali sekala.
Padam