Isnin, 26 Oktober 2015

13 Muharam 1437H - Car Seat Sweet Heart

Lama jugak cari car seat. Cadang nak beli sejak sebelum berhenti kerja. Siap offer kat suami takpe i belikan untuk Aqlan buat hadiah birthday dia. Camtu.

Aqlan dah tak selesa naik carrier dia sebab kena berbaring je. Kemudian berpeluh2 dia kalau lama sangat. Kereta MyVi tu dahla aircond tengah problem. Tak kuat. Jadi berpeluh2.

Aku tengok la car seat Sweet Heart ni kat 11 Street. Cam murah. Campur kos pos RM352. Itu juga setelah ditolak diskaun pemegang kredit kad Maybank. Tapi kami nak cepat. Kalau order bila pulak nak sampai.

Kami pun pergi Fabulous Mom tengok car seat lain. Ada Koopers. Erm macam best jugak. Sebab tak payah angkat dari bawah bila nak baringkan seat tu. Just tolak2. Ad macam2 jenis. Lagi baik lagi mahal la kan. Tengah sale ni baik grab. So harga ditawarkan RM479.

Laki aku tak puas hati. Ajak pergi One Baby World tapi tutup awal hari Ahad. Kemudian kami try call Little Whiz pun dah tutup. Ni semua cerita last week. Nak beli sebab nak balik kampung pergi kenduri tu kan.

Isnin kami pergi Parkson Sunway Pyramid ada Sweet Heart tu dan diletakkan dibahagian Santa Barbara. Laki aku dah mula wooww..

Koopers RM489. Hurmmm. Sweet Heart tu pulak bukan jenis yang kami nak. Ada nombor sirinya.

Kami pun ke Parkson Nu Sentral. Takde. Dan Parkson Subang Parade. Ada Sweet Heart tu. Tapi mahal dalam 100 dari 11 Street.

Sudahnya laki aku cakap sabar ye. Kita pakai je carrier balik kampung. Minggu depan tu baru kita cari lain. Sebab dia dah terjumpa kedai Bongbongidea kat Kajang. Kedai ni jual RM348. Woo..sebab harga asal RM699 camtu.

Baik so hari ni kami ke kedai tu. Beli je terus. Sebab Khamis nak pergi Penang. Ye laki ada meeting kat sana. Bini ikut jek. Dah beli carrier boleh jadi seat Aqlan tengok TV kat rumah. Dia suka naik. Boleh goyang2. Syok.

Tu lutut kudis jatuh kat luar dewan kawin last Saturday. Nasibla ko nakkk..mama ko ni banyak kali gak luka tang tu masa kecik.

6 ulasan:

  1. Kat manjaku bangi ada la. Ritu tgk dlm 365 kot. Tiap2 bln aku g situ bli puting anak aku.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Takde Masni. Aku dah pergi. Semua Sweet Cherry. Laki aku tak suka brand tu.

      Padam
  2. Masa Hakim baby, aku dpt hadiah car seat sweet heart. Mmg selesa la.

    BalasPadam
  3. wahh mencabar gak cari car seat mak kann., ;p

    BalasPadam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.