Ahad, 25 Oktober 2015

Restoran Go'Bang Maju, Temerloh, Pahang

Hidangan Patin Terbaik Anda. Camtulah katanya.

Kau mampu claim diri kau terbaik? Meh aku review.

Kami bila dah bertolak balik dari Dong tu macam2 plan muncul kat kepala. Nak pergi air terjun memang taklah. Fraser Hill? Sebab dapat whatsapp dari kak Dewi depa sekeluarga pi sana semalam. Bukit Tinggi? Cuaca jerebu gak nak feeling Eropah. Last2 Adzman ajak pergi Temerloh. I nak makan ikan patin la. Google tengok mana sedap..

Aku pun google. Tapi data takde. Line takde. Aku pun call Ann. Sebab dia selalu gak pergi makan patin kat Temerloh. Cakap2 tapi nama kedai satu pun tak ingat. Hahaha. Letih den.

Last2 dia mesej..kau pergi Go'Bang Maju. Katanya femes. Ok aku pergi try. Sedap tak sedap belakang cerita. Elok je sampai...alhamdulillah dapat parking baik punya. Restoran ni terletak kat area nak ke Bera. Dekat sungat Temerloh. Dekat jambatan.

Kami pun pergi ambil makanan sendiri. Semua self service ya. Air ambil apa yang ada. Cam kat kantin sekolah pulak. Ko jangan berangan nak Mojito ke..air tembikai laici ke...takde. aku pun amik sirap. Mak teh o ais. Adzman amik jagung cincau.

Aku pilih sayur dulu dengan mak. Kemudian amik nasi. Lauk ayam goreng untuk Aqlan. Mak tanak lauk. Adzman tolong pilihkan lauk patin. Aku follow je apa dia amik.

Maka sampailah lauk patin masak cili yang biasa tu tapi rasanya luar biasa. Manis. Ikan sangat fresh. Mak yang tak makan ikan sungai pun terpedaya. First time ni Mak makan.

Kemudian tambah nasi lagi sepinggan. Tak cukup okeh.

Tambah pulak patin pais. Wahhh pais dia...sedap sesangat..tu pun Mak aku makan. Aku dah senyum2. Makan Mak..rugi tak makan. Dan dan Mak aku makan. Ayam yang konon untuk Aqlan pun akhirnya Mak yang makan. Sebab si Aqlan tak mahu dah. Main kereta je tahu.

Kemudian Mak pun nak tapau talapia bakar. Aku sengih. Tu ikan sungai tu...Mak dah terkena. Ye Mak aku memang tak makan ikan sungai langsung. Tapi masakan kat kedai ni marvellous sangat. Delicious sangat. Semua tak hanyir. Lazat sangat.

Overall...

Restoran ni sediakan kipas besar tu. Kedainya tak fancy macam bertutup ke hapa ke. Kedai ni terbuka macam gerai je. Meja makan macam kat R&R je.

Semua self service. Beratur ambil nasi yang dah siap disendukkan. Pilih air dan bawa ke meja sendiri. Juga sayuran. Tapi tang ikan diorang control. Semuanya dah masuk mangkuk siap2 dan ada harga berbeza2.

Tisu kat kaunter bayaran. Tempat cuci tangan sebelah tempat ambil nasi. Aku rasa macam kat kantin asrama sungguh. Teratur. Dah habis makan je baru diorang kutip pinggan.

Tempat senang nak akses. Tepi jalan. Cari dengan Waze pasti sampai. Ada cawangan di Kuantan, Pahang dan Sri Rampai, Kuala Lumpur.

Harga makanan...ni yang ditunggu2 ni..

Berdasarkan apa yang kami makan dan tapau...


  1. Nasi 4 pinggan. Dalam pinggan nasi ada juga sayur salad, keropok ikan dan sambal dalam piring plastik yang kecil. Suami aku kata sikitnya...hahaha
  2. Air teh o ais. Air jagung cincau. Air sirap.
  3. Ikan patin masak cili 4 potongan. 1 harga RM12.
  4. Patin pais RM34.50.
  5. Patin goreng. 
  6. Udang masak lemak 2 mangkuk RM12 semangkuk.
  7. Talapia bakar RM43.50
  8. Sambal tempoyak 3 bekas kecil saiz makan dadih yang kecil2 tu ler..
  9. Ulam ulaman.
  10. Ayam goreng 1 ketul drumstik.
  11. Sayur pucuk ubi masak lemak semangkuk untuk seorang makan. 
  12. Tempe dan ikan bilis goreng pedas 2 mangkuk
Banyak kan? Harga semuanya.....RM197.00.

Memang sedap sangat....nanti nak cuba yang kat Sri Rampai pulak. Adakah harganya sama..? Adakah kualiti rasanya sama..adakah kuantitinya sama? Till next review lah..

Layan gambar yang tak seberapa cerah ni. Sebab ambil kelam kabut. Katanya kebulor.


Besar ni RM12. Ini bersamaan 2 potongan biasa kita makan

Nasib dia tak letak timun dan tomato 



Tempoyak dia...memang terbaik. Sedap gilaaaaa kot cicah dengan ulaman dan patin makan nasi..wahh

Pais ni laki dah tak sabar nak meratah

Nampak muka Mak kat sebelah tu? Senyum lebar makan ikan patin. Hahahaha..Mak dah suka ikan sungai..terima kasih Go'Bang..makanan yang anda sediakan sangat super sedap hingga Mak saya makan ikan sungai buat pertama kali dalam hidup dia...Mak menikmatinya sungguh2.




3 ulasan:

  1. Wahhhhh....kalau sedap..mahalbpun tak apa..tapi ni tak sampai Rm 200..rasanya macam murahlah kot.Yang penting Mak Anis makan banyak2..hihihi

    BalasPadam
  2. tak pernah merasa patin ori di Temerloh sana ..kalau saya harga tu memang rasa mahal la sangat tu, kalau boleh masak sendiri dan dapat ikan patin yg tak hanyir..itu yg terbaik (Banting ada kalau nak..wife saya dah masak banyak kali jugak la..serius tak rasa hanyir dan memuaskan)

    BalasPadam
  3. Baik. Tapi sekarang harga naik sebab katanya banyak ikan tak menjadi.

    BalasPadam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.