Ahad, 11 Oktober 2015

28 Zulhijjah 1436H - Setelah 2 Tahun Tak Bertemu...Rindunya..

Perjumpaan dengan kawan2 lama memang seronok. Lagi pula bila kawan ni sekepala. Dan memang still contact each other cuma nak jumpanya tak pernah ada masa dan sibuk aja....

Well kami plan kali ni sekejap je jadi. Kalau tak..tak pernah jadi sampai 2 tahunla tak jumpa padahal duduk area rumah masing2 dekat je. Sampai ke sudah akhirnya aku yang pindah jauh sikit dari diorang ni.

Selalu hal2 melibatkan ahli keluarga yang buat kami tak dapat jumpa. Keluarga diutamakan. Kawan nombor dua.

Plan nak jumpa suruh aku pilih tempat. Harusla aku kena pilih tempat sesuai dengan kehendak suami dan anak. Adzman tak kisah je nak bagi aku pergi jumpa kawan2. Tapi dia kena ada peluang untuk bermain dengan Aqlan tanpa rasa panas. Mean kena dalam mall.

So kedai kopi rumah kedai semua kena reject walaupun teringin nak pergi. Maklum zaman jumpa kat kedai Secret Recipe dan berakhir ya. Kita nak jadi pengunjung kedai hipster lak. Hahahaha.

Aku pilih Bangsar Village. Reen nak Bangsar Shopping Centre. Ahhhh malaslah kata aku. Dengan mempertahankan takde apa. Padahal last time aku pergi 10 tahun lepas kot main bowling. Aku selalu nampak BSC to mandom dan kawasan pembunuhan. Ok korang jangan jadi macam aku. Lain kali aku pergi aku cerita la..

Sudahnya kami ke Nutmeg Bangsar Village 2. Jam 11.10 pagi aku sampai. Paling awal macam biasa mendahului kawan2. Geng... kau takde anak kecik kot...hahaha.

Ok kedai ni full. Gilalah. Tulis nama dan nombor handphone la. 10 minit lagi baru dapat masuk kot. So aku jalan2 dulu sambil tunggu diorang sampai.

Ann sampai. Aku macam percaya dengan tak je. Mana taknya..kurus kering ok.

Masa Reen sampai aku dah makan separuh..hahaha lapar la nak tunggu dia terhegeh2 cari parking. Sudahnya diorang berdua ambil lunch. Aku ambil all day breakfast iaitu big breakfast.


Dari handphone Reen



Kami dapat seat paling dalam. Bagus.. senang kami nak borak dan ketawa2.

End up husband bawak Aqlan pergi jalan2 la sebab budak tu mana boleh tahan. Lama kot kami menyembang. Sebab tu pentingnya mall.

Dah ala2 nak dekat 4 jam baru nak keluar. Pergi solat lepas tu sambung sembang balik dalam kedai lain pulak. Nak pergi kedai yang sama dah malu. Hahahaha.

Kami ke Marmalade Cafe pulak untuk hi-tea. Keknya tak nampak menarik tapi ada seat yang cozy untuk lepak lama2.





Ok memang kek aku makan tak best sangat. Kek paling win ialah Brownies yang Ann pilih. Aku juga pilih air ala2 detox. Rasa celery je lebih padahal antara komponen dia beetroot. Kenapa macam tak meja orang sebelah sebab aku nak exactly sama dengan orang tu. Ann cakap diorang punya smoothies kot. Oklah aku anggap staff yang ambil order ni baru. Pujuk diri.

Masa kat sini Aqlan dah dibawa main kat tingkat atas. Ahhhh husband sangat memahami keperluan isteri. Yang perlu jumpa kawan2 perempuan. Gelak dan nangis. Sampai celak mata pun dah mencomotkan.
Ni dalam kafe ni ada je tempat mainan budak2. Tapi tak sesuai dengan anakku yang lasak tu.

Ni 2 gambar ni dari handphone husband

Menyengih je dapat main bola. Kalau tak... tengok dalam Youtube jelah. Oh masuk RM12. Takde stokin bayar la lagi RM6.

End up kami semua tak shopping apa pun. Kecuali makan2 ni aku habis RM116.25. Ye aku berdua. Makan banyak. Bayar untuk ambience. Nak duduk seat best. Jadi macam kau bayar sewa seat la.

And last sekali Adzman tapau nasi lemak Chawan yang kami suka tu. Oh itu harga aku tak tahu.

Ok jumpa lagi kawan2. Rindu korang ketat2. Cerita lama yang diungkitkan. Ketabahan dan kesabaran banyak teruji.

Yang sampai kesudah difikir..Ann 49kg. Reen 63kg dan aku..hahhh 70kg.

Ha laaa...aku gemok..
Adam dah 11 tahun. Cepatnya dulu aku tengok dia rendah lagi ni dah tinggi. Muka sebijik ayah dia. Reen..aku dan Aqlan, dan Ann


Jangan harap ada gambar ni kalau Husband tak ambilkan. Yang kesiannya dah balik rumah baru dia cakap kenapa tak ambil gambar kita sekali kita pun dah pakai cantik2. Alaaaaa awak ni...awak ni...


1 ulasan:

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.