Kami bertolak dari rumah jam 10 pagi. Pergi ke rumah seorang kawan Adzman nak pinjam van. Sebab nak angkut 6 orang saudara mara dari Singapura ni. Kereta MyVi tak boleh k.
Gedebak gedebuk sampai rumah abang Lut kat Kota Damansara, transfer barang bagai jam 11 pagi jugak baru menuju ke highway.
Elok sampai waktu solat Jumaat di bandar Raub, Pahang. Kami yang perempuan ni tunggu jelah nak solat zuhur kat homestay nanti.
Sampai homestay kami rehat2. Kemudian tak lama tu baru abang Bad dari Cherating sampai. Kami haus pergi kedai makan sebelah. Dah tak banyak benda nak makan. Minum jelah.
Lepas asar baru pergi rumah abang. Nikah kat dalam rumah je. Senang cerita.
Farah Wahida dan Nur Danial Wafa selamat dinikahkan dengan 2x lafaz pada jam 5.40 petang. Mereka dinikahkan oleh abang aku sendiri iaitu bapa pengantin perempuan. Selamat dah..
Lilis, Kak Long Suhana, Kak Ted dan Kak Miah |
Abang Kamal, Danial, Wahida dan Kak Miah |
Tambah Kak Hasni |
Dengan ibu bapa pengantin lelaki |
Disebabkan tak makan tengahari, maka lepas majlis kami makan dengan agak lahap. Banyak betul makanan. Semuanya dimasak oleh abang Choy dan kak Long. Sedap2 pulak tu..memang tak dapat kat kedailah. Paling sedap kuih kaswi dan nasi impit buatan sendiri. Nasi impit tak guna yang segera ya. Oh sebab kebulor jadi satu gambar makanan pun aku tak snap. Dahle masa majlis nikah si Aqlan asyik makan bahulu.
Maghrib kami balik rumah homestay. Dekat sangat 1km je. Tengah duduk lepak2 sambil tunggu 2 beradik lagi nak datang abang Choy call tanya nak makan apa2 tak dia nak hantar. Ahhh pucuk dicita ulam mendatang. Kami memang nak makan. Lapar.
Pastu mulalah mengantuk. Dah kenyang macam ular sawa telan kambing pun ada. Nasi bukhari dengan kari ayam...siapa tak makan memang rugi kan. Adudududu.
Malam jam 10 macam tu adik aku mesej dah sampai. Tapi dia tidur rumah rehat Raub. Suka naaa tidur situ. Bukan ada momok ke? Hehehe. Yang kak Pa memang tak sampai2.
0 ulasan:
Catat Ulasan
Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.
Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.
Komen spam akan dibuang serta-merta.