Wednesday, October 21, 2015

8 Muharam 1437H = 21 Oktober 2015 - Ucapan Selamat Hari Lahir..

Kalau tengok filem Back To The Future inilah harinya...

Ya hari ni my husband dah menjejak umur 44 tahun. Selamat ulang tahun Encik Adzman. Semoga baki umurmu dirahmati dan diberkati Allah.

Dah 3 tahun kami kawin.

Tapi tahun ni takdak apa sambutan dari isterinya yang dat tak bekerja. Hanya sambut buka pintu lepas dia balik kerja. Dan yang paling tak tahan ajak kemas meja makan. Kasi clean habis siap tukar alas meja bagai.

Lepas tu aku pulak makan kek yang diberikan stafnya. Sedap pula Kek Tiramisu itu.

Kalau nak ikutkan kami berkenalan dalam maya dah lama. Dah 10 tahun agaknya. Ke 9 tahun. Zaman2 borak kat YM dengan nama anis_azalea. Masuk chatting room nama Kampung atau Mamak. Zaman MIRC. Gigih pergi cyber cafe. Tak pun rebut PC dengan anak buah kat Bangsar.

Tapi YM lagi senang sebab kat ofis. Hahah masa tu kerja Stagno. Aduhhhh duhhh..

Baiklah sekali lagi ucapan kasih dariku untuk Encik Adzman. Semoga hidupmu sentiasa bahagia disampingku yang nakal2 dan agak degil. Hahahaha..

Ok semoga kita bertiga bahagia selamanya.

Love you muah muah..800x. Ok tipu je 800x banyak sangat.

Dannnn

Hari ni juga birthday anak buahku Siti Nurjatikesuma yang ke 23. Tanak cakap lebih2..hahaha..
Dengan arwah bapakku..arwah yayi dia..



Previous Post
Next Post

About Author

0 comments:

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.