Rabu, 14 Oktober 2015

1 Muharam 1437H - Our 3rd Year Wedding Anniversary

Sebenarnya bila dah tiap tahun sambut ikut bulan Islam atau Hijrah kami dah tak peduli sangat dengan tarikh pernikahan kami mengikut Masihi iaitu 15 November. Which is sebulan sehari je lagi. Amboiii macam 2-2 tarikh nak celebrate.

Kami dah plan nak makan berdua sejak awal2 lagi. Plan ni husband yang plan kan. Aku mengikut perintah aje. Dah duduk kat Puchong ni bolehla minta tolong adik ipar jagakan Aqlan tu.

Tapi sebelum tu....

Kami belanja Aqlan main kat playground inside Giant Bandar Kinrara. Siap papa dia amikkan kad ahli untuk 2 tahun bayar RM100 je untuk 12x main. Setiap kali datang for 1 full day. Amikkkk...



Dah sejam camtu baru balik rumah. Bagi mandi...potong rambut..minum susu. Last sekali tidur. Yaaa hujan lebat sangat. Jadi lepas Asar baru kami keluar makan dating berdua.
Senyum adik manis...dah 3 tahun kahwin. Muka kasi maintain. Kulit mesti lembab dan fair. Ok kulit muka aku masih kering. Tepek bedak The Face Shop ni memang membantu sangat. 

Semalamnya dah google cari tempat makan best. Husband ajak pergi The Restaurant tutup pulak. Aku pun cari jugak kat IG. Kot2 ada.

Last2....

Kami pergi Wood & Steel kat TTDI je. Sini takde fine dining. Sini kedai hipster. Namanya pun ada tambahan Coffee..Furniture..Art.. gitu.

Kami makan la. Sebab lapar aku amik potion agak besar. First time kan. Bila pilih air sampai 3x takde husband dah nak marah. Ok..panas satu tempat kami duduk tu..pastu dia pun mulalah cakap sebab tu i nak pergi restoran yang dilayan penuh. Oh ye kena order kat kaunter tingkat atas. So alang2 kami makan kat tingkat atas je



Jadi aku cuba Stuffed Chicken Parmigiana harga RM25. Sangat sedap woooo.. dan air aku teh hijau TWG. Silver spoon camtu nama dia. 4x aku tambah. Oh tea hot je free flow k.




Husband makan Shrimp Burger which is tak taste sangat. Air dia pun tak taste sangat. Sebab tak taste takmo cerita. Hahaha.



Lepas makan2 kami pun ke Double A kat Ara Damansara. Nak makan kek. Ok kedainya baru 5 bulan operasi dan sejuk. Aircond super power..

Aku pilih The Sicilan Mandarin RM11 per slice. Wa cakap lu kek ni sedap giler. Faham tak sedap giler. Aku siap tanya sebelum balik boleh tak nak beli 1 biji. Ok ko darab RM11 x 12 slices. Itu harganya. 2-3 hari baru siap atau baru boleh ambil. Tapi malang takde no telefon. Siap staff tu cakap akak follow tak insta kami? Oklah dik aku follow nanti. Tapi kan aku bukan kakak kau. Hahahaha.



Selain tu aku minum kopi Creme Brulè Latte. Terbaik bak hang.

Husband punya

Cuma satu je kerusi diorang tak best sangat. Tak cozy. Takpe masih baru. Aku suka lah kedai diorang sebab bersih gila dan the crew is awesome. Ok kita tapau satu slice untuk adik ipar sebab tolong jagakan budak Aqlan tu.

Eh Wood & Steel pun crew dia awesome.

Lepas tu kami sudahi dating kami di Masjid Tengku Kelana Petra.

Dah aku cakap blog ni sebagai rujukan masa depan. Jadi aku ceritakan turutan kisah hari ini.

Biar budak Aqlan tu tahu mak pak dia perlu dating berduaan tanpa dia sekali sekala.

1 ulasan:

  1. Memang seronok dapat berdua2an sekali sekala bila dah ada anak... :)

    BalasPadam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.