In

5 Muharam 1437H - Nak Makan Style BARAT

Brunch makan cucur bawang. Laki puji sedap. Masa masak kat Ampang dulu tak berapa. Boleh camtu?

Lepas tu tuan rumah datang. Nak cek rumah? Hahaha rumah masih belum habis kemas. Dah sebulan kami ni di sini

Kemudian anak buah aku yang sulung yang jaga anak2 yatim datang pulak. Sebab aku dan laki dah berjanji nak bagi barang2 yang kami dah tak pakai. Masih elok. Tapi kami tak jual. Kami pun rasa lega lepas bagi. Macam haaaaa.....lapang dada. Kami bagi bantal, tilam, katil, pakaian, gelas, mug, rak dan macam2 lagi... kami rasa bagi mereka ni lagi bagus. Dan memang ada benda yang aku sayang nak let go but sedekahkan yang kita sayang tu lagi baik.

Aku cerita ni bukan nak tunjuk baik. Ni cerita hari ni. Melihat budak2 yang datang dan menengok2 rumah kami yang masih bersepah dan kata2 suami "budak2 tu sentuh tu sentuh ni, tapi i tak kisah sebab i rasa diorang nak merasa." Ikut kefahaman aku mereka takde benda2 tu jadi mereka teringin nak pegang. Kami bagi diorang tengok Art Attack kejap je pun sementara barang2 diangkat pun diorang cam happy. Duduk baik2 atas sofa.

Lepas tu kami barulah pi try western food katanya kat Mr. Steak House di Seri Kembangan.









Kemudian kami nak pi survey car seat untuk Aqlan. Sebab carrier dia dah tak sesuai. Dia dah besar. Aduhh semalam survey dalam internet brand Sweet Heart tapi kat Manjaku langsung takdak. Semuanya Sweet Cherry.

And then kami ke IOI City Mall sebab suami nak beli tali ampaian kat Daiso. Dan nak top up perut lagi sikit. Jadi dan2 masuk kami pergi makan kat Just Pie.


Pie ayam dan cendawan Adzman punya

Kek lobak kegemaran Adzman

Aqlan suka nooo makan. Padahal ni aku punya. Jadi aku kenalah share dengan anak....


Suami masuk Daiso aku pulak pergi Reject Shop dan kedai baby lagi. Ahhhhhh....takde gak brand Sweet Heart tu. Tengok Mamours dari luar je..kalau aku nampak owner dia maybe aku masuk la say hi hi bye bye ...owner dia kawan sekolah suami.

Sesudah tu nak ke Tesco pulak cari pencuci lantai tandas jenama Kao. Laki aku ni particular dan cerewet. Aku suruh pilih brand lain memang dia tak nak. Otw ke sana aku sempat singgah satu kedai ala2 Daiso. Nama dia Yubiso. Laki aku la suka bagi peluang untuk tengok. Pastu mulalah aku terbeli benda2. Kan Daiso RM5.30 seketul sekarang. Kedai ni takde GST atau dia dah serap siap2 dalam harga barang. Aku pun beli bekas kaca yang boleh terus masuk peti ais terus ke microwave tu. Murah sehhh. RM15. Aku beli kat Ikea RM25 camtu. Kecik pulak tu. Pastu beli putik kapas RM5 je untuk 400 tips. Wow. Kedai ni harga dia macam2 mula dari RM5 la. Baru sangat launch sebab ada bunga2 tahniah gitew.

Masuk Tesco carilah macam ke hapa Kao tu kan. Memang takdak la...keluar terus balik
Habis cerita. Dah esok jelah kami sambung cari car seat.

Related Articles

0 comments:

Post a Comment

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.

Comments

Nuffnang

Weekly Popular

Adnow

loading...