Selasa, 20 Oktober 2015

7 Muharam 1437H - Lunch At Miami Gril Sunway Pyramid

Kami ke Sunway Pyramid hari ni sebab nak tengok car seat untuk Aqlan jenama Sweat Heart di Parkson.

Oh misi mencari belum berakhir. La ni kereta MyVi tu seat 2 orang tu dah dikedepankan supaya Aqlan boleh baring tidur. Aku tak mampu dah nak riba dia lama2.

Selepas dah tengok test semua...kami pergi makan dulu.

Mana nak pergi makan ni..ada je dapat flyer last2 pergi Miami Grill. Sejak Adzman buat farewell party untuk staff dia last month sejak tulah dia ajak aku pergi. Yang aku ni macam hurmm. Hurmmm..

Sekali ada muka Pitbull dah depan kedai. Life size pulak tu. Haha..kenapalah tak cakap awal2 ni franchise restoran dia. Laaa.






Kami pun masuk dan sebab tak ramai orang jadi suka hati pilih kerusi nak duduk. Lunch time belum tiba kot untuk pekerja2. Tapi ada je orang lain dah makan2. Hahah lantaklah..

Tengok menu hurmmm cam termangu2. Tanak burger mulanya..last2 bila sorang staff tu cakap..first time ke? Kami ada buat diskaun untuk burger 50%. Esok last day. Dan dan tu jugak aku order burger.

Pastu aku order Virgin Mojito. Sebut MOHITO. Pandai.

Adzman pilih Philly Cheesesteak. Dan ais lemon tea..free refill. Terbaik. Untuk Aqlan kami bagi Chicken Nugget je. Hahaha. Sebab ayam dia memang ayam bukan processed k. Memang healthy la.

Patty daging lembu aku kurang tender. Sikit lagi memang umph la. Tapi aku akan datang balik sebab makanan dia banyak pilihan. Jadi yang lain2 aku belum rasa.





Lepas makan...ya sambung cari car seat. Tahun depan dah wajib pakai kan.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.