Sabtu, 24 Oktober 2015

11 Muharam 1437H - Balik Koyan

Eh jom balik Koyan. Cadangan bernas kakak dan abang aku. Jadi pagi2 kami bersiap nak balik Koyan sebelum menghadiri kenduri kahwin anak buah aku tu. Koyan tak jauh.  Dalam 40 minit perjalanan dari Dong.

Yang paling awal balik abang Bad. Sebab dia nak basuh baju. Haaa rumah homestay kami duduk takde washing machine. Dia pulak bawak anak dara dari asrama..budak tu dengan baju2 sekolah diangak berbasuh lagi dah tu nak hantar esoknya balik.

Kemudian baru kami gerak. Itupun selepas kak ma sampai bawak bihun goreng, keropok goreng dan biskut cornflakes. Sempat lagi dia masak kan. Dah datang tu dia pulak yang buatkan air untuk kami.

Dah makan2 baru kami bertolak ke Koyan. Dah lama tak balik. Last time raya puasa tahun lepas. Camna nak balik. Mak pun tak duduk sana dah.

Sampai koyan haus pulak. Mak pergi kedai beli air kordial dan air batu dengan abang bad. Kami pulak pergi menjelajah kawasan. Actually aku keluar dulu cari Aqlan. Last semua keluar.

Hurmmm mengundang kenangan lama sangat. Sewaktu masih belajar. Sewaktu arwah bapak masih ada. Sewaktu semuanya ingin diterokai.









Kawasan belakang yang dulunya banyak pokok buah buahan..la ni dah takde sangat..cuma masih ada manggis, rambutan, pulasan, durian, pisang, kelapa dan dokong.  Tapi belum berbuah. Kempunan jugakla kakak ipar dari Singapore datang nak merasa. Kesian pulak. Rumput pun dah kena racun. Mak pun upah orang je kemas dan bersihkan dedaun tu.

Jadi sebab nak bagi Aqlan berlari macam aku kecik2 dulu aku pun pergi bawak dia ke rumah jiran sebelah yang masih berumput tanahnya. Maka larilah budak tu dengan penuh keriangan. Dan aku rasa sayu sebab rumah sewa aku takde kawasan seluas tu. Nak lari sesuka hati semua kena kontrol. Kena tengok setiap masa. Terlepas pandang padah mengundang. Nauzubillah. Dulu2 pergi main jauh2 mak bapak kita rilek je. Takdela risau nak mencari. La ni hilang sesaat pun boleh kasi jantung aku ni dup dap. Tak best betul.

Oh rindunya zaman tu. Buat aku nak ceritakan balik semuanya dalam blog buat tatapan dia bila aku dah tak mampu nak bercerita lagi.

Sejam kami kat rumah mak pastu kami pun balik Dong. Sebabnya adik aku yang dah lama aku tak jumpa tu pun dah sampai sana. Termasuk kak Dewi yang merupakan kakak sulung kami. Dia datang hampir dengan semua ahli keluarganya. Yang tak datang 2 orang je. Hanzollah dan Salman suami Saadiah.

Sebelum balik sempat lagi abang bad tengok album lama. Mak menti dah siap gigit2. Ikut hati aku....aku nak angkut semua album arwah bapak. Tapi kena tanya diorang ni. Kang aku kena soal siasat pulak. Buku waris kat aku tapi aku tak up to date. Yang update kak ted je.


0 ulasan:

Catat Ulasan

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.