Ahad, 12 Februari 2012

Geli

ini kisah apa yang aku lihat dengan mata kepala ssendiri. last time aku pergi R&R Kinrara nak gunakan toilet di situ. masa itu aku nampak cleaner tengah mencuci kawasan toilet. dah hampir tengah malam dan orang pun tak ramai. aku pun happy tak perlu la beratur nak masuk toilet. maka macam biasa satu-satu pintu toilet aku tolak nak tengok condition. 

pitam dan loya...

kalau tak ada tisu dalam mangkuk tandas, air bertakung di luar kawasan mangkuk tandas dan pili air. ada juga yang tidak di pump sehingga buat aku termuntah tengok najis2 manusia ni.

okay. aku yang nak terkencing terus membatalkan hasrat. nak basuh tangan ajelah. tapi sebab ternampak cleaner tadi yang masa mula2 aku masuk dia tengah mop lantai..kemudian gunakan mop yang sama untuk mop sinki. yang korang biasa2 letak beg tangan..barang mekap....waktu dia kering.

arghhhhhhh..hakikatnya aku dah nampak sinki dilap menggunakan mop yang sama digunakan untuk mop lantai dan juga mungkin tandas?

loya tekak...aku terus keluar. tahanla kencing..cepat2 balik rumah. nasib tak tergucil. haish!

dan disebabkan pengalaman macam ni..aku tak akan letak dah beg2 atas sinki tandas awam. aku geli.

mungkin cleaner (yang kebanyakkannya pekerja asing) tak faham antara bersih dan suci? kau lap sesuatu sehingga nampak bersih. memang mata sedap memandang. tapi tahap kesuciannya iaitu bebas dari najis macam mana? sebab kita orang yang hendak menunaikan ibadah seperti solat & baca Quran, maka kesucian itu adalah perkara pertama untuk mengesahkan ibadah kita. tak suci, yang lain2 jadi sia2.

sememangnya aku seorang penggeli. bab2 tandas ni aku sensitif agak tinggi. jangan nanti najis terkena pakaian..kita gunakan pula untuk beribadah. apa pun was2 jangan terlebih..syaitan pun pandai je ambil kesempatan di mana kita ada keraguan.

3 ulasan:

  1. yela betul tu.tu yg kita nampak.yg kita nampak mmg tak tau la kan.skng ni sme main lebur je sembarang.dah tak kisah dah suci ke tak janji bersih pd dorang.

    BalasPadam
  2. habis tu cleaner tu just mop lantai je ke, takkan tandas tu dibiar kotor walhal masa ko masuk tu dia tengah membersihkan toilet...

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.